KUALA
TERENGGANU - Syarikat perniagaan runcit milik anak Terengganu, SABASUN
HYPERRUNCIT SDN BHD berbesar hati menyumbangkan
sebanyak RM25,000 UNTUK TABUNG SINAR4ROHINGYA.
Setiausaha Pengarah
Urusannya, Wan Zulaidi Wan Abd Fatah berkata, sumbangan itu sebagai inisiatif
bagi menyokong misi kemanusiaan membantu pelarian etnik
Rohingya yang ditindas kekejaman tentera Myanmar.
“Pengarah
Urusan kita, Che Salmi Che Ibrahim sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk
menyampaikan sumbangan menerusi tabung ini dan ia adalah sumbangan kali pertama
Sabasun untuk SINAR4ROHINGYA.
“Sebelum ini kita ada juga
menyampaikan sumbangan menerusi badan bukan kerajaan (NGO) lain khusus untuk
membantu dan meringankan bebanan umat Islam yang ditimpa musibah dan dalam
kesusahan,” katanya.
Wan Zulaidi berkata, sumber
kutipan sumbangan itu diperoleh daripada pelanggan Sabasun yang dikumpulkan
dalam tempoh hampir setahun selain sumbangan daripada pihak Sabasun sendiri.
“Untuk bantuan etnik
Rohingya, kita telah tubuhkan tabung sejak tiga tahun lalu di mana beberapa
sumbangan telah dikeluarkan menerusi beberapa NGO lain sebelum ini.
“Sabasun terpanggil untuk
memberi sumbangan ini dan ia tidak akan terhenti setakat ini. Kita akan
sentiasa berusaha untuk menyalurkan sumbangan kepada seberapa banyak badan yang
ada supaya bantuan itu sampai kepada mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, katanya,
beliau menyeru kepada seluruh umat Islam untuk sama-sama menghulurkan derma dan
sumbangan bagi membantu umat Islam di seluruh dunia yang tertindas.
“Saya berharap agar semua
umat Islam dapat merebut peluang untuk sama-sama kurangkan bebanan umat Islam
yang tertindas di seluruh dunia.
“SINAR4ROHINGYA adalah salah
satu platform yang akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan selepas ini kita akan
sedia bekerjasama sekiranya pihak Sinar Harian ada membuka kutipan untuk
disumbangkan kepada umat Islam dari negara lain yang tertindas,” katanya.
Sumber: KLIK DISINI