CEO IKSIM menyenaraikan 10 SEBAB KENAPA
TOMMY THOMAS TIDAK SESUAI dilantik sebagai Peguam Negara. Menurut beliau,
keputusan Kerajaan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara
2. Menurut
kenyataan media itu lagi, keputusan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam
Negara juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan
dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di
dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power”
pada 2016 Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia adalah BUKAN negara
Islam. Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan berbagai peruntukkan
Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara
37(1)komitmen YDPA sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan
Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua
dasar yang menyentuh kepentingan Islam.
3. Cadangan
perlantikan ini juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan
perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini
kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of
Power” pada 2016 Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah
Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik
antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah adalah keputusan yang
salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan nama
Allah oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah, serta betapa rayuan
dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh
hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.
4. Perkara ke empat
yang disebut di dalam kenyataan media tersebut sebagai sebab kenapa Tommy
Thomas tidak sesuai dilantik sebagai Peguam Negara ialah kerana perlantikan
tersebut boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan
kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian
kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. Ini kerana di
dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan
Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan
perundangan.
5. Keputusan
Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang
kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy
menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain
mendesak Kerajaan Malaysia MEMBENARKAN MAYAT CHIN PENG DITANAM DI
SITIAWAN, PERAK, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the
great liberation fighters of the second half of the twentieh century” dan “a
major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan
majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai
musuh negara.
6. Cadangan
perlantikan ini juga adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan
Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas
nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah
Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”. Ini kerana telah menjadi pengetahuan
umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan
untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan
Persekutuan perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan
Agong.
7. Keputusan
Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah
dengan Janji 11 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “KERAJAAN PAKATAN HARAPAN AKAN SENTIASA MELETAKKAN PANDANGAN DAN TEGURAN
DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MELAYU DI TEMPAT TERTINGGI, IAITU SESUAI
DENGAN KEDUDUKAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DALAM NEGARA KITA” yang
menghendaki Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu. Ini kerana
telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan
hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.
8. Cadangan
perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara juga, menurut CEO IKSIM, adalah
bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan
Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ini kerana Lim Guan Eng
sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk
meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana
kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri
Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum
ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.
9. Tommy Thomas
akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini. Di
dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr
Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”. Di
dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum
Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata: “The darkest
days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr
Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”
10. Keputusan
Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang
berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang
berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan
sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”. Ini kerana Manifesto
Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli
Parlimen sedangkan Tommy Thomas adalah bukan seorang Ahli Parlimen.
Sumber: KLIK DISINI