JOHOR
BAHRU - Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya
menghasilkan prototaip tukun tiruan yang murah dan senang dipasang bagi
membantu pembiakan ikan di perairan negara.
Menerusi
rekaan berbentuk modular, tukun yang diperbuat daripada konkrit dan besi itu
dijangka tahan lama bagi menjana pendapatan golongan nelayan pantai dalam
jangka masa panjang. Tapi sebaliknya KLIK SINI
"Tukun
ini dihasilkan penyelidik dan pelajar tahun dua Seni Bina fakulti ini dengan
kerjasama penyelidik daripada Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara
(SEAFDEC), Jabatan Perikanan Malaysia dan penduduk Kampung Ayer Papan,
Mersing," kata Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina UTM Dr Alice Sabrina
Ismail.

