Memaparkan catatan dengan label Pukat Kaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pukat Kaya. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mei 2015

Kerakusan Nelayan haram semakin berani



PUKAT CERUT MENGGUNAKAN SAMPAN dan TIADA LESEN bermaharajalela di perairan Pulau Kapas dan Dungun, termasuk PUKAT KAYA.

Sikap segelintir nelayan di daerah ini yang menangkap ikan tanpa lesen dilihat semakin berani, malah didakwa mendatangkan masalah kepada nelayan lain terutama nelayan bot besar.


Seorang nelayan, Mazlan Abdullah, 52 berkata, isu nelayan tanpa lesen boleh mendatangkan masalah besar jika tidak dibendung atau dikenakan tindakan.

Menurutnya, dia hampir bertumbuk dengan seorang nelayan haram ketika keluar menangkap ikan di tengah laut beberapa hari lalu.

Khamis, 5 Mac 2015

TEMBELANG KETIDAK CEKAPAN JABATAN PERIKANAN TERBONGKAR ?


“Kegiatan secara sembunyi menyukarkan kita untuk melakukan operasi mengesan dan membanteras”. Adakah ini alasan yang diberikan ??

Pukat KAYA bagaimana pulak ?

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu merampas lebih 50 bidang Pukat Pari termasuk 17 bidang pada tahun lepas di perairan Terengganu sejak tahun 2011.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata Pukat Pari dengan mata pukat melebihi 25.4 sentimeter panjang, dipercayai menjadi punca utama penyu tersangkut dan lemas. 

Selasa, 9 Disember 2014

UTM Hasilkan Prototaip Tukun Tiruan, Nelayan Pantai Musnahkan ???


JOHOR BAHRU - Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan prototaip tukun tiruan yang murah dan senang dipasang bagi membantu pembiakan ikan di perairan negara.

Menerusi rekaan berbentuk modular, tukun yang diperbuat daripada konkrit dan besi itu dijangka tahan lama bagi menjana pendapatan golongan nelayan pantai dalam jangka masa panjang. Tapi sebaliknya KLIK SINI

"Tukun ini dihasilkan penyelidik dan pelajar tahun dua Seni Bina fakulti ini dengan kerjasama penyelidik daripada Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC), Jabatan Perikanan Malaysia dan penduduk Kampung Ayer Papan, Mersing," kata Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina UTM Dr Alice Sabrina Ismail.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...