Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Suhaila Mohd Yusoff, berkata peningkatan bilangan angka bagi kes diabetes itu amat membimbangkan disebabkan hampir empat juta penduduk negara ini menghidap diabetes.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019
"Laporan itu sekali gus menunjukkan satu dalam lima individu dewasa berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.
