KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Seramai 24,000 penganggur dan lepasan universiti telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai bidang melalui penganjuran beberapa siri Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) sejak 10 bulan lepas.
Pengerusinya Nazir Hussin Akhtar Husin berkata karnival yang diperkenalkan Mac lepas telah berjaya membuka beribu peluang pekerjaan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang pendidikan.