Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2012

Pakatan tabur janji kerana tak yakin jana ekonomi


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.


Jumaat, 27 April 2012

Generasi muda suarakan hak ikut saluran betul



Budaya berdemonstrasi bukan cara masyarakat kita, sebaliknya generasi muda perlu menggunakan saluran perundangan serta menggunakan wakil yang berkelayakan menyuarakan hak dan pendirian mereka kepada pihak berwajib.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Perhubungan Terengganu, Puan Nordiana Shafei, berkata tindakan mengadakan bantahan menerusi demonstrasi itu hanya menimbulkan keadaan huru-hara bukan menyelesaikan masalah apatah lagi perkara itu didalangi pihak penentang kerajaan.

Isnin, 23 April 2012

PANAS BERAPI! NICKY AJIS NI MEMANG SAH DAH SEMAKIN SESAT!



Kita masih INGAT lagi kata-kata Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang mengatakan "HUTANG wajib diBAYAR walaupun TIDAK diTUNTUT,".. ->KLIK<-

Mungkin itu kata-kata Pok Nik 20 TAHUN lalu.. Mungkin kalau TANYA sekarang orang TUA tuh dah tak INGAT apa dah.. Apa pun, Pok Nik memanglah terKENAL dengan kata-kata 'HADIS Putar ALAM'nya.. Hari ini dia kata lain, BESOK lain pulak KELENTONGnya.. Hari ini dia kata wajib BAYAR HUTANG tapi bila bebudak 'DROP' berDEMO tak nak BAYAR HUTANG PTPTN, Pok Nik kata tak perlu BAYAR? Kalau Pok Nik lain la, pergi HAJI pun orang boleh SPONSORkan!

Ahad, 22 April 2012

ANAK MENGIKUT JEJAK BAPAK - TERLIBAT DALAM DEMONSTRASI HARAM ????


Image Detail

Anak pemimpin kanan parti pembangkang turut menyertai demostrasi haram di perkarangan Wisma Darul Iman, baru-baru ini, yang kononnya bertujuan mendesak Kerajaan Terengganu menarik balik pinjaman terhadap sembilan penuntut yang sedang mengikuti pengajian di Mesir kerana melanggar perjanjian dengan menyertai perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir tahun lalu.

Isnin, 16 April 2012

SIKAP BIADAP DAN KURANG AJAR PESERTA DEMONSTRASI !!!


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...