KUALA LUMPUR – Hanya kerana tidak menyediakan wang hantaran yang cukup, seorang pengawal keselamatan yang bakal melangsungkan perkahwinan ditumbuk ahli keluarga pasangannya dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam, di sini kelmarin.
Mangsa ditumbuk selepas tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah kerana tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.
Insiden yang berlaku jam 3.15 petang itu, turut menyaksikan aksi maki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.