Kerja Sampai Mati -
BINTANG KEBESARAN PALING SAYA MINATI
Ini negara kita, kita
dilahir di sini, dibesar di sini, berkahwin di sini, dapat anak di sini dan
anak kita dapat banyak manfaat daripada negara ini. Tak sayangkah kita kepada
negara kita ini? katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil Cameron
Highlands di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.
Turut hadir
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu dan
calon PH bagi PRK berkenaan M Manogaran. Dr Mahathir pertama kali dilantik
menjadi perdana menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum
meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama
22 tahun.
Berumur 93 tahun, Dr
Mahathir turut mencipta sejarah apabila menjadi perdana menteri tertua di dunia
dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun
meletakkan jawatan pada 2003. Pada usia yang kini mencecah 93 tahun, Dr
Mahathir berkata baginya, darjah kebesaran lain tidak lagi begitu membawa erti.
Selagi boleh bercakap
saya bercakap, dah 93 tahun dah, TAK
BERAPA BANYAK TINGGAL (MASA), nak buat kerja sampai mati, bintang-BINTANG
LAIN TAK ELOK (BAGI SAYA) yang elok ialah KSM, itu bintang yang saya minati, katanya.
Sebaik selesai
berucap, Dr Mahathir bersama-sama pemimpin Muslim yang lain menunaikan solat
Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini. Selesai solat, beliau beramah
mesra bersama jemaah masjid sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Rujukan: KLIK DISINI