Memaparkan catatan dengan label Bubur Lambok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur Lambok. Papar semua catatan

Ahad, 29 Julai 2012

Bubur Lambuk Masjid Abidin jadi pilihan



Bubur lambuk Masjid Abidin sememangnya dikenali di kalangan warga bandar raya Kuala Terengganu yang pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya setiap kali ketibaan Ramadan.

Masjid yang lebih dikenali sebagai Masjid Putih itu menjadi tumpuan bermula pukul tiga petang bagi mendapatkan bubur lambuk yang diagihkan secara percuma.

Sejak beberapa tahun lalu, program tajaan kerajaan negeri itu dilaksanakan secara bergotong-royong bagi memeriahkan suasana bulan Ramadan serta merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat.

Meskipun ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai atau bazar Ramadan dengan harga RM2 sebungkus, namun bubur lambuk Masjid Putih tetap menjadi pilihan ramai.

Selasa, 23 Ogos 2011

PENGAGIHAN JALUR GEMILANG DAN BUBUR LAMBOK - PEMUDA/PUTERI UMNO DUN RHU RENDANG


RHU RENDANG 23/08/2011 - Menyahut saranan Pucuk Pimpinan dan Kerajaan, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah menjayakan Program Pengagihan Jalur Gemilang serta Bubur Lambok kepada pemilik-pemilik kenderaan di Pekan Marang.  Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Marang serta beberapa orang Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang dalam menjayakan program tersebut.

Jumaat, 19 Ogos 2011

PENGAGIHAN JALUR GEMILANG DAN BUBUR LAMBOK


Marang 17/08/2011 - Sempena menjelangnya Hari kemerdekaan yang ke 54 tahun, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengedarkan jalur gemilang berserta dengan bubur lambok kepada penduduk tempatan disekitar kawasan Bandar Marang.  Turut hadir En. Anuar bin Yahya serta ahli-ahli APMT Daerah Marang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...