Memaparkan catatan dengan label Projek Khas Perumahan Nelayan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek Khas Perumahan Nelayan. Papar semua catatan

Isnin, 17 November 2014

Tahniah SPRM Tahan 23 Kontraktor Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Projek Rumah Nelayan


Syabas dan tahniah tindakan yang diambil oleh SPRM dan disarankan agar siasatan menyeluruh dibuat kesetiap daerah termasuk Marang, yang ada kaitan dengan projek yang berkaitan.

Perkara ini jika dibiarkan akan merugikan kerajaan serta sikap tamak dan haloba mereka-mereka ini perlu dihapuskan, selain menyenarai hitamkan lesen mereka-mereka yang terlibat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 23 kontraktor  kelas F  termasuk seorang kontraktor wanita  kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka.

Kesemua  individu tersebut  merupakan kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka.

Mereka yang ditahan berumur  30-50 tahun  di bawa ke pusat operasi SPRM di Dungun kira-kira jam 12.00 tengah hari ini untuk  membantu siasatan.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.



Ahad, 16 November 2014

KONTRAKTOR CEKIK DARAH PERDAYA NELAYAN ??

Kaut untung besar perdaya nelayan

KUALA TERENGGANU – Guna bahan binaan tidak berkualiti, kerja baik pulih rumah tidak ikut spesifikasi dan kemudian melarikan diri! Begitulah sikap segelintir kontraktor  yang dikesan mahu mengaut kekayaan segera dengan mengkhianati tanggungjawab yang telah diamanahkan kerajaan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan PKPN 2012.

Hasil siasatan mendapati ada dalam kalangan kontraktor  terbabit sanggup mengabaikan keselamatan penghuni rumah dengan menggunakan bahan binaan yang rendah kualiti semata-mata mahu mengurangkan kos.

Sumber mendedahkan kontraktor  yang kini  bergelar jutawan itu turut 'mengalibabakan' projek yang dianugerahkan kepada pihak kedua bagi mendapatkan keuntungan atas angin.

Kesudahannya kerja baik pulih berkenaan dilakukan dengan sambil lewa kerana bayaran yang diterima amat rendah meskipun peruntukan sebenar yang diluluskan oleh kerajaan adalah RM10,000 untuk sebuah rumah.


Anggaran awal menunjukkan bahawa seramai hampir 15,000 nelayan akan mendapat faedah daripada projek itu yang dijalankan bermula 2012  hingga tahun ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...