Adakah MB Pahang masih melindungi penerokaan haram ini ??? atau perlu meletakan jawatan ??
BENTONG -
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendakwa pembalakan yang
menjadi punca utama kejadian banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Kuala
Lumpur-Karak pada 11 Nov tahun lepas, sehingga kini masih giat dilakukan di
Hutan Simpan Kekal Lentang.
Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil
berkata, walaupun sebelum ini pelbagai pihak menafikan keadaan itu, Peka
mempunyai bukti jelas menunjukkan kegiatan penerokaan hutan tersebut semakin
serius.
Bagi membuktikan perkara itu, Peka bersama beberapa
agensi media termasuk Bernama, meninjau kawasan terlibat dan hasilnya amat
mengejutkan apabila tanda-tanda penerokaan di hutan itu masih terus berlaku.
