Marang 18/03/2013 - Program Pemimpin bersama Pekebun Kecil RISDA Gong Beris sempena Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Getah Pekebun Kecil telah diadakan di Kg. Gong Beris, Marang.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Turut hadir Tim. Pengarah RISDA Negeri Terengganu, Tuan Haji Abu Bakar Abdullah, Pegawai RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu Puan Nor Farihan Idris serta lebih kurang 100 peserta Pekebun Kecil Kg. Gong Beris.
