Memaparkan catatan dengan label Khairy Jamaluddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khairy Jamaluddin. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Julai 2017

DAP AKAN BERKUBOR JIKA NIAT BUSUK DITERUSKAN

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan pemilihan tiga pemimpin Melayu daripada dua parti berbeza menerajui pakatan pembangkang sebagai satu lantikan taktikal dalam usaha meraih sokongan Melayu selain hanya akan menguntungkan DAP.
Khairy berkata keadaan itu juga jelas menunjukkan kecelaruan dan tidak ada kesepakatan dalam pakatan pembangkang sehingga terpaksa mewujudkan tiga jawatan teratas untuk memimpin parti berkenaan walaupun tidak jelas fungsinya.
“Dia tahu bahawa sekarang ini untuk mendapat sokongan rakyat, mereka  sangat memerlukan pengundi Melayu, jadi saya lihat pelantikan ini satu pelantikan taktikal yang semata-mata hanya untuk menunjukkan mereka mempunyai kepimpinan Melayu.
“Hakikat sebenarnya kita tahu siapa pegang kerusi yang paling banyak, jadi kita jangan terpedaya dengan dengan taktik berkenaan kerana saya percaya di sebalik tabir yang akan menentukan dasar dari segi bilangan kerusi adalah DAP,” katanya.

Sabtu, 13 Disember 2014

KJ: JAWAB JANGAN TAK JAWAB PERTUDUHAN DYANA !!

KJ sedang hidup dalam penafian

UMNO adalah parti yang memberi harapan palsu, bukannya DAP.

Malah Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin sedang hidup dalam penafian.

Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya juga turut mempersoalkan sama ada UMNO pernah mengetengahkan mana-mana calon di bawah usia 35 dalam pilihanraya umum yang lalu.

“Saya rasa Khairy memang hidup dalam penafian jika beliau rasakan DAP ialah parti yang memberikan harapan palsu kepada ahli politik muda.

Jumaat, 5 September 2014

KJ DAH PANDAI SEBUT 'JANGAN JADI MACAI' ?


Gombak: "Jangan jadi macai", itu gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menggesa pelajar universiti supaya membuka minda mereka dan jangan terlalu taksub dengan mengikut sesuka hati telunjuk sesuatu pihak tanpa berdasarkan fakta.

"Pemikiran perlu dibuka dan jangan terlalu taksub atau mengikut sahaja rentak rakan ke arah perkara yang negatif sehingga menyebabkan diri sendiri gagal membuat pendirian," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Kemerdekaan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pagi tadi.

Rabu, 7 September 2011

Khairy sahut cabaran debat dengan Timbalan Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyahut cabaran PAS untuk berdebat secara terbuka mengenai isu siapa yang layak digelar pejuang kemerdekaan negara.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mencetuskan kontroversi berkenaan. “Saya sudah terima jemputan untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islam Lundang Kota Bharu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...