Memaparkan catatan dengan label KPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPM. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2024

GURU WANITA BERCINTA DENGAN PELAJAR DIREHATKAN

 

NIBONG TEBAL: Guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pelajarnya direhatkan dari tugas sehingga siasatan selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata guru itu perlu mematuhi semua proses siasatan terlebih dahulu sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya memberikan sepenuh komitmen kepada pihak berkuasa terbabit untuk menyiasat.

"Ia masih dalam siasatan di peringkat polis. Sebab itu saya tegaskan berulang kali bahawa KPM memberikan sepenuh komitmen kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Pada masa sama, kami ketika ini mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya.

"Jadi guru itu tidak ada langsung (cara) untuk akses dengan pelajar terbabit kerana kita (telah melindunginya)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan siasatan kes seorang guru wanita yang didakwa bercinta dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan RM140,000 bagi 21 masjid, 56 surau dan 126 individu terdiri daripada imam, bilal dan siak seluruh Parlimen Nibong Tebal.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1229463/guru-wanita-bercinta-dengan-pelajar-direhatkan?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

Rabu, 13 Mac 2013

Keputusan STPM diumum Isnin depan


KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan (18 Mac).

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT <jarak> No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...