Memaparkan catatan dengan label Isu Vape. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Vape. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2016

MB TERENGGANU MEMAHAMI SERTA PRIHATIN MASALAH RAKYAT

Tempoh enam bulan peniaga vape habiskan stok

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan kepada pengusaha vape untuk menghabiskan stok mereka berikutan keputusan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu bermula 1 Januari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri juga akan cuba membantu 40 pengusaha vape yang terjejas pendapatan mereka  ekoran pengharaman itu dengan bantuan agensi kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

Selasa, 17 November 2015

DAH PUAS ISU 1MDB BERALIH PADA VAPE PULAK ???

TUN DAH BUAT KAJIAN ATAU DENGAR CERITA AJE ??

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rokok elektronik (e-rokok) atau vape juga sama berbahaya kerana kandungan nikotin yang tinggi dalam produk itu.

"Percayalah, rokok elektronik tidak baik dan sama seperti rokok. Rokok elektronik menghasilkan bau harum dan berperisa. Apabila anda menghisap rokok, anda hanya mendapat bau asap. Tetapi apabila anda menghisap rokok elektronik, anda memperoleh bau yang harum seperti strawberi dan mangga.

"Bau harum ialah cara melariskan produk rokok elektronik," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO) ke-26 dan Bengkel NGO Asean IFNGO ke-22 di sini, semalam.

Pautan: KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...