Memaparkan catatan dengan label Syed Saddiq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syed Saddiq. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mac 2020

BUDAK BERINGUS PERLU DIAJAR POLITIK JANGAN JADI LEMBU


Saya simpan maklumat siapa sokong Muhyiddin: Annuar

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menolak dakwaan bekas Menteri Belia dan Sukan, SYED SADDIQ Syed Abdul Rahman apabila MENUDUH PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENIPU YANG DI-PERTUAN AGONG dengan mendakwa semua 36 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia menyokongnya.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak pernah membuat perkara seperti didakwa Syed Saddiq.

Katanya, beliau terlibat dan menyimpan maklumat terperinci ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Saya baru dengar wawancara Syed Saddiq bersama Aljazeera. Dia tuduh Muhyiddin tipu Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa semua 36 ahli Parlimen Bersatu termasuk beliau, (Timbalan Presiden Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan (Pengerusi Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Perdana Menteri.

“Ini satu pembohongan. Muhyiddin tidak pernah menyatakan semua ahli Parlimen Bersatu menyokong dia. Saya terbabit dan menyimpan maklumat terperinci siapa yang bersama kami,” katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya hari ini.

Dalam wawancara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Aramada) mendakwa Perikatan Nasional sebagai kerajaan tidak sah dan pintu belakang.

Beliau turut menegaskan Dr Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersalahkan dengan perubahan kerajaan.

Ini kerana, dakwa Syed Saddiq, Muhyiddin yang mengemukakan gambaran tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong tentang majoriti ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri itu.

Rujukan: KLIK DISINI

Khamis, 3 Januari 2019

SYABAS SYED SADDIQ: ADA KETUA BAHAGIAN KEJAR PROJEK ???


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman TIDAK AKAN TUNDUK kepada tekanan BEBERAPA KETUA BAHAGIAN PARTI itu yang mahu menyingkirkannya rentetan da­ripada kenyataannya yang menentang ISU BERHUBUNG PEMBERIAN KONTRAK kerajaan.

Sambil menegaskan menghormati pandangan ketua bahagian terbabit, Ahli Parlimen Muar itu berkata, BELIAU TIDAK GENTAR DENGAN USAHA TERSEBUT KERANA SEBAB UTAMA DIRINYA MENYERTAI POLITIK IALAH UNTUK MELAKUKAN PEMBERSIHAN.“WALAU APA PUN TERJADI pada karier politik saya, pendirian (saya) tegas dan prinsip tetap harus dijulang.

“Tiada guna masuk dan men­jawat jawatan tinggi tetapi melupakan asal perjua­ngan yang menyebabkan saya menyertai dunia politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ke­­tika ditemui selepas mela­ku­kan pemeriksaan Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil yang mengalami kerosakan padang dekat sini hari ini.

Syed Saddiq seterusnya menjelaskan bahawa tiga pucuk kepemimpinan paling atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah pun menyatakan pendirian menyokong ketegasan Armada itu.

“Yang bagusnya, sudah ada kenyataan agak tegas daripada ketiga-tiga kepimpinan ter­tinggi parti.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam dan pagi tadi, perbincangan bersama Tan Sri Muh­yiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bersetuju dengan pandangan Armada,” jelas Syed Saddiq.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan, mesej perbualan dalam media sosial antara ketua-ketua bahagian Bersatu menunjukkan mereka geram dengan kelantangan Menteri Belia dan Sukan itu.

Ketua-ketua bahagian ini dikatakan tidak senang dengan ketegasan Syed Saddiq yang menyelar tindakan perwakilan menjadikan isu pemberian kontrak dan jawatan sebagai tajuk perbahasan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2, baru-baru ini.

Artikel Penuh: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...