KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman TIDAK AKAN TUNDUK kepada tekanan BEBERAPA KETUA BAHAGIAN
PARTI itu yang mahu menyingkirkannya rentetan daripada
kenyataannya yang menentang ISU BERHUBUNG PEMBERIAN KONTRAK kerajaan.
Sambil menegaskan menghormati pandangan ketua bahagian terbabit, Ahli
Parlimen Muar itu berkata, BELIAU TIDAK GENTAR DENGAN USAHA TERSEBUT
KERANA SEBAB UTAMA DIRINYA MENYERTAI POLITIK IALAH UNTUK MELAKUKAN PEMBERSIHAN.
“WALAU APA PUN TERJADI pada karier politik saya,
pendirian (saya) tegas dan prinsip tetap harus dijulang.
“Tiada guna masuk dan menjawat jawatan tinggi tetapi melupakan asal perjuangan yang
menyebabkan saya menyertai dunia politik,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan
Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil yang mengalami kerosakan padang dekat sini
hari ini.
Syed Saddiq seterusnya menjelaskan bahawa tiga pucuk kepemimpinan paling
atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah pun menyatakan pendirian
menyokong ketegasan Armada itu.
“Yang bagusnya, sudah ada kenyataan agak tegas daripada ketiga-tiga
kepimpinan tertinggi parti.
“Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam dan pagi tadi, perbincangan bersama Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bersetuju dengan
pandangan Armada,” jelas Syed Saddiq.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan, mesej perbualan dalam media sosial
antara ketua-ketua bahagian Bersatu menunjukkan mereka geram dengan kelantangan
Menteri Belia dan Sukan itu.
Ketua-ketua bahagian ini dikatakan tidak senang dengan ketegasan Syed
Saddiq yang menyelar tindakan perwakilan menjadikan isu pemberian kontrak dan
jawatan sebagai tajuk perbahasan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali
Ke-2, baru-baru ini.
Artikel Penuh: KLIK DISINI