Sabtu, 30 Mac 2024

SUAMI ISTERI PEMBEKAL SENJATA DAN PEMANDU KEPADA WARGA ISRAEL DITAHAN POLIS

 

Kuala Lumpur: Polis menahan suami isteri warga tempatan disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini.Ads by 

Pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, 7.15 malam tadi.

Sebaik ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, sebelum menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas di dalam Honda Jazz milik mereka.

Jumaat, 29 Mac 2024

IGP: POLIS TAHAN WARGA ISRAEL, RAMPAS ENAM PISTOL DAN 200 PELURU

 

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga negara Israel dan merampas enam pucuk pistol bersama 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

 Ketua Polis Negara Razarudin Husain ketika memaklumkan perkara itu memberitahu pemberita suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia menggunakan pasport Perancis.

 "Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

 Razaruddin juga berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai datang ke Malaysia untuk mencari dan membunuh rakan senegaranya dari Israel susulan masalah keluarga.

PEGAWAI BANK AGEN SCAMMER

 

KUMPULAN ANTI-ESTABLISHMENT MESTI DIBENDUNG SEBELUM MENJADI 'BIAWAK HIDUP' YANG MEMBEBANKAN

 

BANTING, 28 Mac — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi berkata hari ini terdapat keperluan untuk menangani kebangkitan kumpulan yang disifatkannya sebagai “ANTI-ESTABLISHMENT” supaya mereka tidak menjadi beban negara.

Sambil mengakui bahawa apa-apa yang baru diperkenalkan oleh pertubuhan itu menimbulkan cabaran mereka sendiri, Ahmad Zahid berkata cabaran sedemikian akan termasuk kecaman daripada kumpulan yang mempunyai kecenderungan "anti-establishment".

"Tidak kurang daripada 22 peratus yang menentang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan dan pertubuhan, dan untuk itu kita mesti bergerak ke arah memastikan majoriti adalah pro-establishment kerana 22 peratus ini biasanya anti-establishment," katanya pada Ramadan majlis di Masjid Jamek As-Solihin di sini.

Khamis, 28 Mac 2024

AGONG TITAH HENTIKAN KONTROVERSI STOKING KALIMAH ALLAAH

 

YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM bertitah semua pihak perlu berhenti mengambil kesempatan ke atas isu sarung kaki (stoking) tertera kalimah Allah kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan.


"Saya telah menitahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan.


"Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.


Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

IGP MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA ANGGOTA PENYELAMAT KEBAKARAN DI FLAT WANGSA MAJU

 


Rabu, 27 Mac 2024

POLIS DEDAH CCTV RAKAM DALANG BALING BOM PETROL DI KK MART

 

Polis mendedahkan kamera litar tertutup (CCTV) di CAWANGAN KK MART DI BIDOR, PERAK merakam individu yang dipercayai dalang kejadian membaling bom petrol di kedai serbaneka itu awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki itu dilihat kira-kira jam 5.35 pagi di kaki lima berhampiran kedai itu dan turun dari kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat syarikat penghantaran.

Dia dilihat membaling botol kaca dipercayai mengandungi minyak tanah dan meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas itu.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat dan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Norseha Baharudin di talian 05-4011861 / 017 796 3359.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, ahli parlimen DAP Kelvin Yii berkata ahli politik yang menyemarakkan api perpecahan secara tidak langsung bertanggungjawab terhadap cubaan membakar kedai serbaneka itu.

Katanya, perbuatan keji seperti itu tidak sepatutnya berlaku di Malaysia yang mmempunyai pelbagai kaum hidup secara harmoni.

Walaupun Yii tidak memetik nama, Ketua Pemuda Umno Dr Muhammad Akmal Saleh adalah salah seorang ahli politik yang lantang menggesa kempen boikot KK Mart.

Bagaimanapun, Akmal turut mengecam tindakan membaling bom petrol itu dengan melabelkan perbuatan itu sebagai melampau.

KK Mart telah menjadi tumpuan kontroversi selepas stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ ditemui di tiga cawangannya.

KK Mart dan bekas pembekalnya telah memohon maaf atas perkara itu dan mendakwa mereka terlepas pandang.

Awal hari ini, KK Mart, bekas pembekalnya Xin Jian Chang Sdn Bhd, dan pengarah bagi kedua-dua syarikat didakwa kerana sengaja melukakan perasaan agama.

https://sengatdaily.com/polis-dedah-cctv-rakam-dalang-baling-bom-petrol-di-kk-mart/

PENGASAS KK MART, PENGARAH DAN PENGEDAR STOKING 'KALIMAH ALLAH' DITUDUH LUKAKAN HATI UMAT ISLAM

 

SHAH ALAM: Tujuh pihak termasuk KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd dan Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga pembekal stoking tertera kalimah Allah kepada rangkaian kedai serbaneka itu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Selain dua syarikat berkenaan, turut didakwa Pengasas, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, 57, dan isterinya yang juga pengarah syarikat sama, Datin Seri Loh Siew Mui, 53, selain Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Lima individu berkenaan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, Kee Kan dan Siew Mui didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan umat Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, jam 6.30 pagi pada 13 Mac lalu.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         'Jangan keluarkan kenyataan pendakwaan kes stoking kalimah Allah' - Peguam
·         TERKINI: Pengasas KK Mart, isteri hadapi tuduhan lukakan perasaan orang Islam jual stoking kalimah Allah
·         Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri dan syarikat pembekal akan didakwa hari ini
·         KK Mart, pengurus tertinggi syarikat pembekal stoking didakwa esok - Jabatan Peguam Negara
·         Polis siasat kes jualan stoking tertera kalimah Allah
·         Stoking kalimah Allah: Bukit Aman buka 2 kertas siasatan
·         Isu Stoking: KK Mart saman Xin Jian Chang, tuntut pelbagai ganti rugi
·         Isu kalimah Allah: Pengasas KK Mart antara 8 dirakam keterangan

Sabtu, 23 Mac 2024

PEMILIK BAGASI BERISI RM500,000 SUDAH HUBUNGI POLIS, NAMUN GAGAL HADIR

 

KUALA LUMPUR: Polis masih belum mengambil keterangan sebuah syarikat teknologi maklumat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya di sini, milik mereka.

 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar berkata pihaknya menerima laporan daripada pengarah syarikat terbabit yang mendakwa wang tersebut adalah milik syarikatnya dan merupakan duit perniagaan.

 

"Kita menerima laporan daripada pengarah syarikat berusia lingkungan 40 tahun itu pada 11.30 pagi Khamis lepas.

"Ketua Balai Polis Damansara sudah memanggil pengadu terbabit untuk memberi keterangan, namun pengadu gagal hadir dengan pelbagai alasan seperti menghadiri mesyuarat dan sakit," katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 30-an menemukan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 pada 8 pagi Rabu lepas.

 

Hussein dilaporkan berkata pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.

 

Beliau berkata sekiranya tiada individu atau pihak yang menuntut wang tersebut pihaknya akan menyerahkannya kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

 

https://www.tuncarlos.com/2024/03/pemilik-bagasi-berisi-rm500000-sudah.html?m=1&fbclid=IwAR2ZnhKGcjMdHclTfQzk5tuwRKCNw_B-NoT9tVTlLZv-O0hwXv6JxmXA2mo

ISU STOKIN 'ALLAH': WARGA SABAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA ENAM BULAN KERANA MENGHINA ISLAM DI FACEBOOK

 

KOTA KINABALU, 21 Mac Seorang mualaf Sabah dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menghina agama Islam di laman Facebook hari ini.

Perunding hartanah berusia 33 tahun, RICKY SHANE CAGAMPANG, mengaku bersalah menyiarkan kenyataan jelik di Facebook berhubung isu kalimah “Allah” pada stokin dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM15,000 yang jika tidak dibayar, akan dikenakan penjara empat bulan lagi.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan dalam hukumannya berkata bahawa kes seperti ini harus dihukum berat kerana sesiapa sahaja boleh dengan mudah berkata apa-apa melalui media sosial hari ini dan walaupun undang-undang juga tidak menghalang sesiapa daripada menyuarakan pendapat mereka, ia mestilah dalam sekatan undang-undang. .

“Dalam kes ini, tertuduh telah melangkaui sekatan undang-undang yang bukan sahaja mendatangkan kesakitan atau kegusaran kepada pengadu, tetapi juga umat Islam lain di luar sana yang boleh mengakses jawatan tertuduh. Perkara ini tidak wajar kerana, pada usia ini, tertuduh harus bersikap matang dalam menyuarakan pendapat. Dan atas sebab itu, tertuduh mesti bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri,” katanya.

Beliau menambah bahawa hukuman itu bukan kerana sentimen tetapi satu bentuk pengajaran dan pencegahan untuk tidak menghina mana-mana agama dan berharap ia akan menghapuskan budaya "buat dahulu dan minta maaf kemudian" dan sebaliknya "berfikir baik sebelum melakukannya. ”

Ricky, yang telah memeluk Islam pada Mac 2021, berkata dia berasa kesal dan telah memadamkan catatannya yang dibuat di laman Facebook akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada 17 Mac.

Dia mengakui kecuaian dan kecuaiannya dan memadam komennya yang dibuat dalam masa dua atau tiga minit selepas disiarkan.

Pengarah Pendakwaan Negeri Nahra Dollah berhujah bahawa perbuatan tertuduh telah menimbulkan kekecohan dan ketidakharmonian dalam masyarakat berbilang budaya.

Jumaat, 22 Mac 2024

SAMAN FITNAH: PAPAGOMO BAKAL KE PENJARA SUNGAI BULOH

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, dalam kes saman fitnah.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Mohd Na’im selaku plaintif berkata permohonan itu dibuat, berikutan Wan Muhammad Azri selaku defendan belum memasukkan kehadiran dalam kes saman berkenaan.

“Permohonan itu (penghakiman ingkar) akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, dalam masa terdekat.

“Pada pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong hari ini, mahkamah menetapkan 27 Mac untuk pengurusan kes selanjutnya,” kata peguam itu ketika dihubungi.

Mohd Na’im yang memfailkan saman itu pada 19 Okt tahun lepas, mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan satu hantaran terhadapnya di akaun Facebook milik defendan dikenali sebagai ‘Sir Azri’ bertarikh 18 Sept 2023.

Menurutnya dalam hantaran Facebook itu, defendan memuat naik satu klip video berdurasi enam minit 41 saat, yang merupakan klip video diambil daripada akaun TikTok ‘@nurhafizulbadrulhisham’.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam, memandangkan plaintif kononnya mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual atau lucah, maka planitif seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah tersebut menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status plaintif di mata masyarakat umum.

https://sengatdaily.com/saman-fitnah-naim-akan-fail-penghakiman-ingkar-terhadap-papagomo/

Selasa, 19 Mac 2024

KILANG DIDAKWA KELUARKAN STOKING KALIMAH ALLAH DI BATU PAHAT DISIASAT - EXCO AGAMA JOHOR

 

KLUANG: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan polis sudah mengambil tindakan awal dan menyiasat kilang yang didakwa mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat.

Beliau menjelaskan sudah menghubungi Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang mengesahkan tindakan awal sudah dibuat.

"Kita percaya polis akan melaksanakan tugas mereka dan saya berharap semua orang Islam bersabar," katanya pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMA) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini, baru-baru ini.

ISTIADAT MENGHADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2024

 

KUALA LUMPUR, 19 MAC 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, di sini, pagi tadi.

Istiadat yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang segak mengenakan persalinan Pakaian Seragam Istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang kepada 33 orang penerima yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.

PINDAAN AKTA POLIS: AGONG JADI PESURUHJAYA YANG DIPERTUA KEHORMAT PDRM

 

18 Mac 2024 06:32pm

KUALA LUMPUR - Pindaan kepada Akta Polis 1967 (Akta 344) akan melibatkan perubahan terhadap 10 Fasal antaranya membolehkan Yang di-Pertuan Agong menjadi Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen pada Isnin, hal itu melibatkan pindaan terhadap Fasal 2 akta berkenaan dengan seksyen baharu 6A dimasukkan bagi tujuan terbabit.

Selain itu, Fasal 4 bertujuan meminda Seksyen 21 untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan pegawai polis melaksanakan tugas mengiring di mana-mana jalan awam dan mana-mana orang yang menghalang, menentang atau melanggar arahan polis boleh didenda sehingga RM10,000 serta penjara sehingga dua tahun berbanding hukuman RM200 dan dua bulan penjara sebelum ini.

Fasal 5 pula bertujuan meminda Seksyen 26 bagi menaikkan denda makismum daripada RM1,000 kepada RM2,000 terhadap mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan polis untuk berhenti sebelum menghampiri sekatan yang dibina atau diletakkan oleh pegawai polis.

Turut dipinda Fasal 6 yang membabitkan perubahan Seksyen 66 akta itu bagi membolehkan mana-mana majikan yang tidak mengambil semula mana-mana pegawai polis simpanan untuk bekerja boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 dan penjara setahun berbanding denda RM1,000 dan penjara enam bulan ketika ini.

Pindaan itu turut memperuntuk mana-mana pegawai polis yang tidak hadir bertugas selama 14 hari secara berterusan tanpa sebab yang munasabah akan disifatkan telah membolos dan melakukan satu kesalahan dengan melibatkan pindaan pada Seskyen 86.

Jadual Pertama kepada akta itu juga memotong sebutan tentang Inspektor Kanan memandangkan jawatan itu tidak lagi digunakan dalam pangkat PDRM.

Terdahulu, bacaan kali pertama pindaan itu dibentang di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah manakala bacaan kali kedua dan ketiga dijadual dibuat pada mesyuarat kali ini. - Bernama

PENDUDUKAN MENGUMUMKAN PEMBUNUHAN PEGAWAI OPERASI KESELAMATAN DALAMAN HAMAS

 


Tentera pendudukan dan Shin Bet Israel mengumumkan, pada hari Isnin, PEMBUNUHAN PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI, BRIGEDIER FAYEK AL-MABHOUH, selepas menyerbu secara tiba-tiba Hospital Shifa malam tadi oleh tentera pendudukan.

Kenyataan bersama oleh tentera pendudukan dan agensi Shin Bet menyatakan bahawa Fayek al-Mabhouh, pegawai operasi dalam Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri, menguruskan tugas kerjanya dari dalam Hospital Al-Shifa, dan mempromosikan aktiviti pergerakan Hamas, dan berkata bahawa dia dicapai berikutan maklumat risikan.

Menurut kenyataan tentera, Al-Mabhouh meninggal dunia selepas berbalas tembakan dengan tentera Israel di dalam kompleks Hospital Al-Shifa.

Harus diingat bahawa syahid Fayeq Al-Mabhouh, seorang pegawai dalam Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri di Gaza, adalah abang kepada pemimpin syahid Briged Al-Qassam, Mahmoud Al-Mabhouh, yang dibunuh oleh Mossad Israel di Dubai. , UAE, pada tahun 2010.

Tentera Israel meminta semua orang awam di kawasan kejiranan Al-Rimal dan kompleks Al-Shifa dan sekitarnya di Gaza City untuk segera beredar, memandangkan keberadaan mereka sebagai "zon tempur berbahaya," menurut jurucakap tentera dan risalah yang digugurkan di Al- kawasan Rimal dan Al-Nasr.

https://www.alquds.com/ar/posts/11388

 

Menjawab hujah picisan tentang Belanjawan Terengganu

 


Hujah picisan menjawab hantaran saya mengenai BELANJAWAN TERENGGANU.

Katanya, RM186 bilion Belanjawan Terengganu itu lebih daripada Selangor sebab campur Belanja Pembangunan sekali. Liyana Marzuki fitnah kami.

Oklah, saya bagi tuan puan semak sendiri.

Ini dari Buku Belanjawan 2024 Terengganu ya.

Sah-sahlah RM1.86 bilion itu hanya Belanja Pengurusan (OPEX) sahaja.

Belanja Pembangunan (CAPEX) pula tiga kali ganda sikit, hanya RM489 juta. Kedua-duanya bukan benda sama ya?

Kalaulah nak terima hujah picisan mereka, RM1.86 bilion itu campur OPEX+CAPEX, tetap sama juga keputusannya.

OPEX Terengganu tetap lagi tinggi dari OPEX Selangor. RM1.37 bilion Terengganu dengan populasi 1.2 juta vs RM1.33 bilion Selangor populasi 7.2 juta.

‘KAN DAH ‘KANTOI’ spin pun tak jadi. Mereka ingat orang tak mengkaji?

Yang hairan bin ajaib, dalam akhbar, MB Terengganu umum budget hanya takat Belanja Urus (OPEX). Belanja Pembangunan (CAPEX) kenapa tak masuk sama?

Macam negeri lain dan Belanjawan Negara?

Para pempengaruh Pas ni rujuk akhbar bukan sumber utama. Dah pening berspin-spin sana sini.


Nah, saya kasi. Buku Belanjawan yang kalian buat sendiri. http://perbendaharaan.terengganu.gov.my/index.php/ms/sumber/muat-turun


Jangan buat dosa kering kata saya fitnah pula. Harap cermin muka sendiri.


*LIYANA MARZUKI merupakan pengamal undang-undang yang ingin mendidik masyarakat mengenai politik, demokrasi dan melawan propaganda.


BACA JUGA Kerajaan Terengganu pimpinan Pas gagal urus belanja negeri

Isnin, 18 Mac 2024

BINA MASJID RM7.5 JUTA DI KAWASAN PERMAINAN MASA KECIL

 


KOTA BHARU - Hasrat murni seorang lelaki membina sebuah masjid di kawasan permainannya sewaktu kecil akhirnya menjadi kenyataan selepas rumah ibadah bernilai RM7.5 juta itu telah siap dibina.

Pembinaan MASJID IMANUL FA'IZIN ATAU MASJID ANDALUSIA yang terletak di Kampung Padang Kala, di sini berjaya direalisasikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ibrahim Mat Sin.

Reka bentuk yang berinspirasikan Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan.

Menurut Timbalan Pengerusi Masjid Imanul Fa'izin, Nik Saiful Adli Burhan, tapak masjid ini merupakan kawasan permainan pemiliknya semasa kanak-kanak sekali gus meninggalkan banyak memori indah kepada Ibrahim.

"Bertitik-tolak dari situlah beliau (Ibrahim) berazam untuk membina sebuah masjid menggunakan wang miliknya sendiri.

"Alhamdulillah masjid ini berjaya dibuka kepada orang ramai bermula satu Ramadan lalu. Malah lebih bermakna lagi apabila 2,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat tarawih di sini pada hari pertama pembukaan," katanya kepada Sinar Harian.

KETUA PEMUDA UMNO PERLU LEBIH BERHATI2 DALAM BUAL-BIACARA

 


SIKP MULIA/TERPUJI MENGUJUDKAN PERPADUAN BERBAGAI AGAMA, BANGSA


 

KK MART SUDAH KETERLALUAN MENGHINA UMAT ISLAM

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...