Kuala Lumpur: Polis
menahan suami isteri warga tempatan disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan
di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini.Ads by
Pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan
sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di
sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, 7.15 malam tadi.
Sebaik ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, sebelum menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas di dalam Honda Jazz milik mereka.
Berdasarkan maklumat sumber, suspek lelaki
dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki
warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis.
Terdahulu,
polis turut menahan seorang lelaki tempatan di
Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara
ini pada 12 Mac lalu.
Pada masa ini, polis masih
menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama lelaki warga Israel
terbabit memasuki negara ini selain tujuannya memiliki enam pistol dan 200
butir peluru.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan
Sri Razarudin Husain, pada sidang media mendedahkan penahanan suspek warga
Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.
Beliau dilaporkan berkata, hasil
soal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang
individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu
keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.