Statistik dari Jabatan Perangkaan menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang disebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, hasil kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal Jobstreet Malaysia ke atas 1,994 responden mendapati 77.14 peratus mengaku memerlukan bimbingan bagi mencari pekerjaan.