Jumaat, 26 April 2024

Tragedi Mencungkil: Kubur Massa Gaza Mendorong Keadilan

 

Sekurang-kurangnya 392 mayat ditemui dalam tiga kubur besar yang ditemui di Kompleks Perubatan Nasser berikutan pengunduran tentera Israel dari bandar Khan Yunis. Antara mayat, 165 masih tidak dikenali selepas mayat mereka cacat.

Video dan gambar mangsa mendedahkan tanda-tanda penyeksaan jelas pada tubuh mereka. Mangsa turut dibelenggu dengan sekatan plastik.

Paramedik dan pasukan penyelamat melaporkan bahawa beberapa mayat ditemui dengan tangan terikat dan perut mereka dipotong dan dijahit dengan cara yang bertentangan dengan teknik penutupan luka yang biasa dilakukan di Semenanjung Gaza, menimbulkan syak wasangka kecurian organ.

Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dicacatkan memakai gaun pembedahan turut ditemui, yang menimbulkan syak wasangka mengenai dia dikebumikan ketika masih hidup, lapor pasukan itu. Mayat seorang lagi mangsa yang turut memakai gaun pembedahan ditemui, menimbulkan keraguan yang sama.

Mangsa lain ditemui dengan kesan tembakan di kepala, menimbulkan kecurigaan bahawa mereka telah dikenakan hukuman mati di lapangan.

Dua tahun buat ‘projek songsang’, ustaz tahfiz di Machang disyaki liwat 3 pelajar sendiri!


 MACHANG: Seorang guru sebuah pusat tahfiz di sini, ditahan kerana disyaki meliwat tiga pelajarnya sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, berkata pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa yang berusia 12 hingga 13 tahun pada 15 April lalu, lebih kurang jam 12.56 tengah malam.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua mangsa diminta untuk melakukan perbuatan itu oleh suspek di pusat tahfiz.

"Suspek berusia 39 itu kemudiannya ditangkap untuk membantu siasatan.

"Suspek ditahan selama seminggu bermula 16 sehingga 22 April dan disambung reman pada 23 hingga 29 April ini," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

"Pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes ini selesai dijalankan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1239349/ustaz-ditahan-polis-kerana-disyaki-liwat-tiga-pelajar?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

Rabu, 24 April 2024

Lelaki cuba langgar polis cedera ditembak

 


PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera ditembak polis selepas cuba merempuh seorang anggota ketika ditahan dalam kejadian dekat kawasan parkir taman perumahan di Kota Damansara, pagi tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar, berkata kejadian kira-kira 5 pagi itu berlaku ketika suspek cuba ditahan untuk pemeriksaan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, suspek diberikan amaran untuk menghentikan kenderaan namun terus memandu secara melulu.

“Suspek turut bertindak melanggar anggota polis bertugas sebelum satu das tembakan dilepaskan ke arah suspek yang menyebabkannya cedera di kepala.

“Suspek dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek memandu kereta curi yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Sungai Buloh.

“Dia juga didapati mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes bunuh, pecah rumah selain pernah dikenakan tindakan tahanan bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

“Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1083366/penjenayah-cedera-ditembak-langgar-anggota-polis-ketika-pemeriksaan

Tuntutan palsu RM600,000, SPRM cekup anak MB Perlis

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak menteri besar Perlis Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Anak pemimpin PAS itu ditahan bersama enam orang lagi, termasuk pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Kangar pagi tadi, kira-kira 24 jam selepas ditahan.

“Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis,” katanya.

Sumber juga berkata suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan kemudahan asas.

Ia melibatkan kerja-kerja baik-pulih, penyelenggaraan serta perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Siasatan dibuat bawah Seksyen 18 Akta SPRM.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.

https://sengatdaily.com/tuntutan-palsu-rm600000-sprm-cekup-anak-mb-perlis/





Sabtu, 20 April 2024

TUN HANIFF OMAR DIJEMPUT PENCIPTANYA - ALFATIHAH

 

Semoga roh arwah Tun ditempatkan bersama-sama dengann orang yang beriman dan soleh.  Inn Syaa Allaah.

Rabu, 17 April 2024

KENAPA KERAJAAN SEMBUNYI ‘TITAH TAMBAHAN’, SOAL PEGUAM NAJIB

 

Peguam Najib Abdul Razak menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan mereka menyembunyikan  kewujudan titah tambahan Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan bekas perdana menteri itu menghabiskan hukumannya bawah tahanan rumah.

Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian kepada media di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shafee berkata dia menghantar berpucuk-pucuk surat kepada pelbagai menteri, termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

“TIADA SIAPA BOLEH SEMBUNYIKANNYA

https://www.malaysiakini.com/news/702701 

Selasa, 16 April 2024

ANAK KETUA POLIS DAERAH LAHAD DATU MAUT TERTEMBAK DIRI SENDIRI

 

KOTA KINABALU: Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.

Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada 12.42 tengah hari.

Difahamkan, ketika kejadian Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berada di pejabatnya di IPD Lahad Datu.

Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah dan anaknya dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Dzulbaharin dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Lahad Datu pada 1 April lalu.

Isnin, 15 April 2024

TEMPOH REMAN SUAMI ISTERI SELEWENG WANG ZAKAT RM9.62 JUTA DILANJUTKAN

 

IPOH: Tempoh tahanan reman sepasang suami isteri yang ditahan polis untuk siasatan penyelewengan RM9.62 juta oleh sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) juta, dilanjutkan sehingga Isnin ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lanjutan tempoh reman selama tiga hari itu dibenarkan Mahkamah Majistret Ipoh selepas perintah tahanan awal mereka selama tujuh hari berakhir hari ini.

"Tempoh lanjutan reman sudah diperoleh selama tiga hari, sampai 15 Januari ini," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lalu, penyelewengan suami isteri berusia 50 dan 53 tahun yang berperanan sebagai ejen kutipan zakat secara dalam talian (online) untuk MAIPk itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

HAFIZUL DITAHAN DI KOTA BHARU

 

KUALA LUMPUR: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

"Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat," katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran

·         Polis masih kesan lokasi Hafizul, kumpul maklumat daripada keluarga - KPN

·         Polis Kelantan perketat kawalan elak suspek bolos ke Thailand

·         Lelaki lepaskan tembakan di KLIA ada rekod dikehendaki polis - KPN

·         Polis tingkat pemantauan, elak suspek tembak di KLIA 1 bolos ke Thailand

·         2 ditahan kes hina Agong, tawar RM5 juta bunuh PM

·         Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan ditahan reman

·         Kes tembak KLIA: Imigresen perketat pintu sempadan

Terdahulu, ibu dan bapa Hafizul, Hayati Bakri dan bapanya, Hawari Mohd Sihat, serta lima adik-beradiknya merayu Hafizul menyerah diri kepada polis.

Adiknya, Hanif berkata, Hafizul perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan bersedia menghadapi kesan perbuatan itu dan hukuman bakal dikenakan terhadapnya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235012/terkini-hafizul-ditahan-di-kota-bharu

Ahad, 14 April 2024

IRAN MELANCARKAN BERPULUH-PULUH PESAWAT BERANI MATI KE ARAH ISRAEL, DI TENGAH-TENGAH AMARAN YANG KEDUA

 

Sumber Yang Sama Mengesahkan Bahawa Iran Melancarkan Berpuluh-Puluh Pesawat Berani Mati Ke Arah Sasaran Israel, Di Tengah-Tengah Keadaan Berjaga-Jaga Yang Belum Pernah Berlaku Sebelum Ini Oleh Sistem Keselamatan Di Tel Aviv.

Menurut Media Arab Dan Antarabangsa, Pelancaran Pesawat Ini, Yang Ditujukan Ke Israel, Dipantau.

Tentera Israel, Serta Pegawai Keselamatan Amerika, Mengesahkan Bahawa Mereka Telah Memantau Pelancaran Pesawat Ini.

Jurucakap Tentera Israel Berkata Bahawa Tenteranya Memantau Dengan Teliti Pelancaran Pesawat-Pesawat Ini, Dan Mereka Telah Menyekat Sistem Navigasi Penerbangan Awam, Dan Sedang Bersiap Untuk Menghadapi Pesawat-Pesawat Yang Mungkin Tiba Beberapa Jam Kemudian.

Sabtu, 13 April 2024

Warga Israel didakwa perdagang enam senjata api dan peluru mengaku tidak bersalah

 

KUALA LUMPUR: Avitan Shalom, lelaki warga Israel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tuduhan memperdagangkan enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 158 peluru di sebuah hotel di ibu negara, pada Mac lalu.

Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

"Saya faham (tuduhan) puan hakim…saya mengaku tidak bersalah," katanya.

Avitan yang memakai baju T hitam berseluar khaki warna hijau dan dikawal ketat empat anggota polis di kiri, kanan dan belakang kandang tertuduh , didakwa berdagang enam pucuk pistol di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini, di antara jam 6.46 petang 26 Mac dan 6 petang 28 Mac lalu.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Kes lelaki Israel miliki senjata api: Pasangan suami isteri didakwa hari ini - KPN
·         Sharifah Faraha, Abdul Azim didakwa kes senjata api berkait warga Israel
·         Lelaki warga Israel disambung reman 7 hari
·         Lelaki Israel miliki enam senjata api, 200 peluru akan didakwa esok - Razarudin

Mengikut pertuduhan, Shalom, 38 didakwa memiliki enam senjata api dan peluru berkenaan pada 26 hingga 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, di sini.

Tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Shalom dibawa masuk ke bilik mahkamah pada jam 9.30 pagi dan dikawal ketat empat anggota polis memakai penutup muka.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam yang mewakili pendakwaan memberitahu mahkamah, pihaknya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam belanya, Navinjit Singh bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan dan tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Mahkamah kemudian tidak memberikan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 21 Mei ini.

Sharifah Faraha Syed Husin, 41, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPAA) kerana memiliki pistol itu, manakala Abdul Azim Mohd Yasin, 43, mengikut Seksyen 9 akta sama kerana bersubahat dengan Faraha apabila dia didakwa mengetahui pistol itu dalam pemilikannya.


Senarai enam pistol dan peluru yang didakwa dimiliki tertuduh

1. Glock 19 USA 9x 10 (Serial Number AEGS 286);

2. Sig Sauer P3205P (Serial Number 58C283463);

3. Cougar 8000FT (Serial Number T6429-10G002496);

4. Glock 17 Gen4 Austria 9x19 (Serial Number: BDZZ090);

5. N&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA (Serial Number: DSW9077)

6. Stoeger Cougar 8000F (Serial Number 58C283463)


Peluru

1. 1 kotak Shell Shock NAS3 9mm, mengandungi 8 butir peluru (B660104);

2. 1 kotak Bullet Master Co. Ltd, mengandungi 50 butir peluru (B660105);

3. 1 kotak Bullet Master Co. Ltd, mengandungi 50 butir peluru (B660105);

4. 1 kotak Bullet Master Co Ltd, mengandungi 50 butir peluru (B660105)

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1234000/warga-israel-didakwa-perdagang-enam-senjata-api-dan-peluru-mengaku-tidak?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

'BODOH!': KETUA PEMUDA UMNO DR AKMAL MENYELAR NGA DARI DAP KERANA MENGAITKAN BOIKOT DENGAN EKONOMI LEMAH

 

KUALA LUMPUR, 12 April — Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini mengecam menteri persekutuan DAP Nga Kor Ming berhubung apa yang disifatkan oleh bekas itu sebagai kekurangan kecerdasannya kerana menggelar kempen boikotnya sebagai tidak bertanggungjawab dan punca kesusahan ekonomi.

DR AKMAL MELABEL NGA SEBAGAI “BODOH” kerana mengaitkan kempen boikotnya dengan ekonomi Malaysia yang lemah.

“Kepada YB menteri Nga Kor Ming yang kurang kecerdasan, ekonomi negara teruk kerana ada menteri seperti kamu!!!

“Bodoh!!” katanya dalam catatan ringkas dalam bahasa Melayu di Facebook rasminya hari ini.

ADUN Merlimau yang terkenal itu juga telah menyiarkan tangkapan skrin posting Nga di platform media sosial X (dahulunya Twitter) yang memaparkan artikel berita bahasa Cina mengenai kesusahan pasangan kelas pekerja yang didakwa disebabkan kempen boikot.

Jawatannya turut dikongsi oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, yang menggesa Nga berhenti mengulas mengenai kempen boikot itu.

Dr Akmal menjawab jawatan menteri perumahan dan kerajaan tempatan di X.

Jumaat, 5 April 2024

JASMINE LOO AKUI TERIMA RM100 JUTA DARI JHO LOW

 

KUALA LUMPUR: Saksi penting kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo mengakui menerima RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sebagai hadiah walaupun selepas meninggalkan syarikat terbabit.

Loo yang meletak jawatan daripada 1MDB pada 2013, berkata beliau menerima wang berkenaan pada 2014 dan menyimpannya sebagai amanah, bagaimanapun berakhir sebagai benefisiari (penerima).

Disoal peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, apakah alasan Jho Low memberikan wang itu kepadanya atas kapasiti sebagai penasihat undang-undang 1MDB, Loo menjawab beliau memegangnya sebagai amanah.

Saksi itu kemudian mengakui bahawa ia kemudian berakhir sebagai benefisiari iaitu hadiah kepadanya

Rabu, 3 April 2024

GURU WANITA BERCINTA DENGAN PELAJAR DIREHATKAN

 

NIBONG TEBAL: Guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pelajarnya direhatkan dari tugas sehingga siasatan selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata guru itu perlu mematuhi semua proses siasatan terlebih dahulu sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya memberikan sepenuh komitmen kepada pihak berkuasa terbabit untuk menyiasat.

"Ia masih dalam siasatan di peringkat polis. Sebab itu saya tegaskan berulang kali bahawa KPM memberikan sepenuh komitmen kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Pada masa sama, kami ketika ini mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya.

"Jadi guru itu tidak ada langsung (cara) untuk akses dengan pelajar terbabit kerana kita (telah melindunginya)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan siasatan kes seorang guru wanita yang didakwa bercinta dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan RM140,000 bagi 21 masjid, 56 surau dan 126 individu terdiri daripada imam, bilal dan siak seluruh Parlimen Nibong Tebal.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1229463/guru-wanita-bercinta-dengan-pelajar-direhatkan?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

Lelaki Israel, pasangan suami isteri berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan - KPN

 

KUALA LUMPUR: Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel telah memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis. Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api.

"Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...