Isnin, 2 Disember 2024

MANGSA KONSPIRASI PADA TAHUN 1998 - TUN SALLEH ABAS , DS ANUAR DAN DS NAJIB

 


Sepatutnya Najib berkata, "bukan sahaja Anwar yang pernah menjadi mangsa konspirasi pada tahun 1998, tetapi nasib Tun Salleh Abas juga serupa.

Syabas diucapkan kepada Najib kerana mengeluarkan satu kenyataan yang "POWER" dan membuka minda semua pihak untuk mengetahui PERANAN FIRAUN FIRAUN MALAYSIA untuk mempertahankan kuasanya pada zaman kegemilangan beliau sebelum ini.

Menerusi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata, Anwar Ibrahim, pernah menjadi mangsa konspirasi dan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik.

Sepatutnya semua pihak terutama Anwar perlu memahami situasi tersebut.

Najib berkata, 21 tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram terhadap beliau yang melibatkan dana RM2.27 bilion dari 1MDB adalah bermotifkan politik.

"Saya percaya saya adalah orang yang paling layak untuk menyatakan sama ada saya telah diprejudiskan atau tidak. Secara peribadi, sebagai seorang tertuduh, saya benar-benar diprejudiskan oleh tindakan sengaja dan sedar oleh SPRM ini. Malah, sebagai bekas Perdana Menteri yang telah bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Negara ini, saya juga amat terkejut dengan fakta ini.

"Saya tidak sesekali percaya bahawa Perlembagaan Persekutuan membenarkan pendekatan di mana seorang warganegara dituduh terlebih dahulu, dinafikan kebebasan peribadinya, dan hanya diberi peluang untuk membela diri semasa perbicaraan melalui pemeriksaan balas.

"Ia seperti menutup mata lawan kamu dalam satu pertarungan dan mendakwa ia pertarungan yang adil kerana dia masih mampu melancarkan beberapa tumbukan.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kepada sesiapa pun. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang Anwar Ibrahim sepatutnya lebih peka mengenai perkara ini kerana beliau tahu betul bagaimana derita menjadi mangsa keadaan, dipukul sambil mata tertutup dan tangan bergari.

"Saya tidak akan terkejut jika ketidakadilan seperti ini juga berlaku kepada orang lain, tetapi nampaknya ia hanya mendapat perhatian apabila terjadi kepada seseorang yang berpangkat tinggi seperti saya, di mana perhatian awam dan media lebih tertumpu. Saya berharap ketidakadilan ini berakhir dengan saya," kata Najib kepada hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah.

Hakim Collin mungkin tersentak dengan satu kejutan yang dikeluarkan oleh Najib di mahkamah pada hari ini.

Pada 30 Oktober lepas, mahkamah memerintahkan Najib membela diri atas empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana daripada 1MDB.

Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh pertama kali didakwa pada 2018.

NAJIB PEMIMPIN TERBAIK UNTUK MALAYSIA DAN TERUSKAN PERJUANGAN - ZAKARIYA MOHAMAD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...