Memaparkan catatan dengan label MB Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MB Terengganu. Papar semua catatan

Khamis, 18 April 2019

165 PELAJAR, 81 GURU TERIMA ANUGERAH CEMERLANG


KUALA TERENGGANU, 18 April - SERAMAI 165 PELAJAR DAN 81 GURU sekolah menengah agama di  Terengganu menerima anugerah sempena kecemerlangan dalam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM), tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 89 pelajar menerima anugerah cemerlang STAM dengan keputusan Jayyid Jiddan dan Jayyid.

Manakala, 16 pelajar cemerlang dalam STPM dan selebihnya menerima anugerah hasil pencapaian mereka dalam SPM 2018.

Anugerah tersebut disampaikan dalam Majlis Hafl El- Takrim Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2019, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, semalam.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika merasmikan majlis berkenaan sempat merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.

"Semoga kejayaan lalu akan menjadi pemangkin semangat kepada guru-guru untuk meneruskan kecemerlangan pada tahun-tahun akan datang," ucapnya.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Ajil, Maliaman Kasim serta Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

Majlis berkenaan diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar, guru-guru dalam kejayaan mereka di sekolah sekali gus menyemarakkan semangat baharu untuk meningkatkan aspresiasi kecemerlangan.

Dalam majlis tersebut, Dr. Samsuri turut menyampaikan Anugerah Khas Menteri Besar kepada dua pelajar cemerlang STAM iaitu Muhammad Faidhu Rahman Kamalruazmi dan Nik Karimah Nik Abdul Ghafar serta pelajar cemerlang STPM, Nur Syahidah Hassan.

Rujukan: KLIK DISINI

Isnin, 15 April 2019

TAHNIAH DR. AHMAD SAMSURI YDP PAS MARANG

MARANG - Menteri Besar Terengganu, DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR dipilih sebagai YANG DIPERTUA PAS KAWASAN MARANG yang baharu bagi menggantikan Yahaya Ali yang melepaskan jawatannya hari ini.

Ahmad Samsuri, 49, menang tanpa bertanding dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang di sini. Turut menang tanpa bertanding adalah jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas disandang Mohd Nor Hamzah di samping Naib Yang Dipertua Pas kawasan itu, Ariffin Deraman.

Yahaya ketika berucap menyifatkan masa ini merupakan masa terbaik untuknya melepaskan jawatan itu selepas lima penggal diberi amanah memimpin Pas kawasan Marang. Beliau berkeyakinan penggantinya mampu menjalankan tanggungjawab memimpin berdasarkan reputasi sangat baik dalam kalangan masyarakat sekali gus boleh menjadikan Pas kawasan itu lebih kuat.

Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi kita sebagai sebuah jemaah dan gerakan Islam.  Saya yakin orang yang menggantikan tempat saya Insya-ALLAH tidak akan mengecewakan para perwakilan, pemerhati dan ahli, katanya.

Beliau berucap demikian dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Marang yang dirasmikan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad di Dewan Majlis Daerah Marang di sini hari.

Rujukan: KLIK DISINI

Sabtu, 19 Mei 2018

DR SAM BAWA PENDEKATAN SENDIRI DI TERENGGANU


KETEGASAN MELULU dalam pentadbiran sesebuah kerajaan bukan lagi menjadi budaya politik yang harus diikuti masa kini.
Sebaliknya, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata apa yang perlu ialah AMALAN BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Samsuri berkata pendekatan tersebut perlu diambil sebagai iktibar sejarah kegagalan pentadbiran PAS di Terengganu selepas pilihan raya umum (PRU) ke-10 lalu.
Ketika itu PAS hanya sempat mentadbir Terenganu selama satu penggal.
"PRU 1999 dengan PRU 2018 yang baru kita hadapi ini jauh berbeza.
"Jadi, untuk mengambil itu adalah suasana yang akan berlaku (dalam pentadbiran hari ini) tidak betul kerana sekarang ini kami mengamalkan politik yang lain," katanya ketika ditemui di Rusila, Marang, Terengganu, baru-baru ini.
Menyedari situasi sekarang berbeza Ahmad Samsuri berkata pendekatan politik matang dan sejahtera akan diteruskan termasuk semasa menguruskan negeri.

Selasa, 15 Mei 2018

'JADIKAN AL-QURAN, RASULULLAH SAW SEBAGAI PANDUAN'


BEKERJALAH BERSAMA KAMI, BUKAN BEKERJA UNTUK KAMI," itu amanat Menteri Besar Terengganu yang baharu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika berucap di hadapan lebih 500 kakitangan Wisma Darul Iman.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, semua pihak menggalas tanggungjawab untuk membawa Terengganu ke era baharu menuju Maju, Berkat dan Sejahtera.
"Prinsip dan dasarnya adalah menjadikan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, ilmu, akhlak dan inovasi sebagai asas membina pelan induk negeri ke arah yang cemerlang seterusnya menjadi contoh negeri yang maju berkat dan sejahtera.
"Matlamat kita adalah besar, membawa agenda pelan Induk Terengganu Sejahtera yang bermatlamat berpandukan slogan, MAJU, BERKAT DAN SEJAHTERA merangkumi semua aspek," katanya.
Terdahulu, Ahmad Samsuri menunaikan solat hajat bersama lebih 500 kakitangan Wisma Darul Iman.
Beliau bersama barisan exco yang lain mempunyai sasaran untuk menjadikan Terengganu sebagai Pusat Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa, Hub Pendidikan Islam Antarabangsa, Hub Industri Produk dan Makanan Laut Serantau, Hub Industri Batik Dunia serta Hub Industri Pembangunan dan Pembaikpulih Kapal Negara.
"Kita juga mahu menjadikan negeri ini sebagai Hub Pembangunan Sumber Manusia bagi Industri Minyak dan Gas, Hub Industri Galian Negara, Hub Industri Pembekalan Air, Pembangunan bersepadu dengan jaringan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta pemerkasaan pertanian dan asas tani menerusi rantaian nilai lengkap.
"Justeru, saya mengajak semua pihak untuk BERGANDING BAHU MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN NEGERI INI yang mana peranan pembuat dasar, enjin pelaksana strategi, pimpinan pentadbiran kerajaan negeri, seluruh jentera kerajaan serta rakyat adalah sama penting dan mempunyai peranan masing-masing," katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Khamis, 10 Mei 2018

MENTERI BESAR DAN EXCO ANGKAT SUMPAH


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing, pada jam 9.00 malam ini DI ISTANA SYARQIYYAH, BUKIT CHENDERING, di sini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang berkata, pihak PAS Terengganu telah mendapat perkenan mengadap baginda Sultan Terengganu pada malam ini.

"Pagi tadi kami telah pun mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin), untuk mendapat tarikh dan masa bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

"Majlis mengangkat sumpah (jawatan) Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan Negeri itu akan diadakan pada malam ini di Istana Syarqiyyah,  pada jam 9.00 malam," ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Manakala katanya, setelah diperkenankan oleh Tuanku Sultan Terengganu, pemimpin baharu kerajaan itu akan mula memasuki bangunan pentadbiran Wisma Darul Iman pada 14 Mei 2018.

"Kami (PAS) akan adakan solat hajat dan majlis penyerahan tugas daripada bekas Menteri Besar (Dato' Seri Ahmad Razif) kepada Menteri Besar yang baharu, InsyaAllah. 

"Kita mahu mengambil-alih tugas dalam suasana tertib dan berakhlak serta penuh mesra," jelasnya. 

Menurut, Dato' Husain bagi menyelaraskan dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan, maka diumumkan pada hari Ahad nanti bersamaan 13 Mei 2018 sebagai cuti umum di Terengganu," ujarnya.

Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid. -HARAKAHDAILY 10/5/2018


Jumaat, 11 Mac 2016

KARIER POLITIK MAT SAID HAMPIR BERKUBUR

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, diberi mandat untuk terus menerajui pentadbiran negeri dan tiada pertukaran jawatan Menteri Besar akan berlaku di Terengganu. 

Pengarah Strategik UMNO negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie, berkata kepemimpinan Ahmad Razif mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada 15 wakil rakyat UMNO tetapi juga rakan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Isnin, 4 Januari 2016

MB TERENGGANU MEMAHAMI SERTA PRIHATIN MASALAH RAKYAT

Tempoh enam bulan peniaga vape habiskan stok

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan kepada pengusaha vape untuk menghabiskan stok mereka berikutan keputusan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu bermula 1 Januari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri juga akan cuba membantu 40 pengusaha vape yang terjejas pendapatan mereka  ekoran pengharaman itu dengan bantuan agensi kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

Rabu, 30 Disember 2015

JPJ GUNA KUASANYA KEPADA KERAJAAN NEGERI ?


Kuala Terengganu :  Kerajaan Negeri akan menolak balik no pendadtaran kenderaan (plat) TTB yang ditawarkan JPJ pada harga yang terlalu tinggi.

Menteri Besar Terengganu , Dato seri Ahamd razif abd Rahman berkata,  Kerajaan Negeri tidak akan membeli plat TTB yang telah dipohon dan harganya melebihi RM2 ribu ringgit.

“kita telah memohon kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang telah bersetuju untuk rizabkan nombor  plat TTB 1 hingga 100 melalui sokongan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri , 

“walaubagaimanapun JPJ telah memohon supaya harga plat berkenaan akan ditentukan sendiri oleh mereka dan bukannya kita”Kuala Terengganu :  Kerajaan Negeri akan menolak balik plat TTB yang ditawarkan JPJ pada harga yang terlalu tinggi.

Rabu, 16 Januari 2013

Terengganu perkenal Dana Pinjaman Perumahan Rakyat...


Anak Terengganu yang ingin membina rumah kini boleh memohon Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu dengan kadar pinjaman sehingga RM50,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata pinjaman itu terbuka kepada anak negeri yang mempunyai tanah sendiri atau milik keluarga yang telah diberi kebenaran.

Peminjam akan dikenakan kadar faedah tiga peratus berasaskan baki pinjaman dengan tempoh bayaran balik 30 tahun, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco, di sini hari ini.

"Mereka yang ingin mendapatkan pinjaman untuk membina rumah, bolehlah mendapatkan pelan setara yang disedia dan dikeluarkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan bayaran sebanyak RM50," katanya.

Katanya borang itu diedar menerusi pejabat Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri.

Dana itu diluluskan kerajaan negeri tahun lalu dengan modal pusingan RM50 juta. -16/1/2013

Khamis, 27 Disember 2012

HOT : NIK AZIZ NI MANGSA BANJIR KE ATAU BERI BANTUAN BANJIR??


Gambar diatas menunjukkan gambar Menteri Besar Kelantan. Gambar dirakamkan ketika beliau bersama-sama Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Adun Meranti sedang membahagikan bantuan kepada mangsa banjir di Sek Keb Kedai Tanjung, Meranti. Banjir di daerah berkenaan sudahpun surut. Adalah dalam paras buku lali. Namun, demi keselamatan Tok Guru yang sudahpun uzur, jaket keselamatan diperlukan. Manalah tahu kot kot tersembam di dalam lubang air.

Isnin, 29 Oktober 2012

Hubungan dua hala guru-murid harus dipertingkatkan


Guru seharusnya mempertingkatkan hubungan dua hala dengan murid yang tidak terbatas sebagai pengajar semata-mata, sebaliknya perlu menganggap diri mereka sebagai rakan dan pembimbing kepada murid-murid.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad said, berkata hubungan antara guru dan murid hendaklah dipertingkatkan agar perbincangan guru dengan murid bukan hanya terhad kepada isu-isu pelajaran semata-mata malah lebih luas kepada masalah kehidupan seharian mereka.


“Guru sebagai ejen sosialisasi dalam masyarakat hendaklah merealisasikan tugas mulia pendidik kerana ia dilihat sama penting dengan peranan ibu bapa ke arah melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan kecerdasan minda, emosi dan juga spiritual (IQ, EQ dan SQ).

Sabtu, 27 Oktober 2012

Sambutan Aidil Adha di Terengganu meriah


Hari Raya Aidil Adha disambut dengan penuh meriah di seluruh negeri ini dengan orang ramai mengadakan ibadat korban mengikut kemampuan masing-masing.


Para pembesar negeri bersalam dengan Tuanku Sultan Mizan ketika menyambut ketibaan Tuanku Sultan di Masjid  al-Muktafibillah Shah, Kuala Terangganu

Selasa, 2 Oktober 2012

Unit perang siber tangani persepsi negatif


Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu mewujudkan kumpulan penggerak di peringkat akar umbi yang dikenali sebagai `Unit Perang Siber’ bagi menangani persepsi negatif mengenai Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Dato’ Rosli Mat Hassan, berkata kumpulan yang berfungsi sebagai perisai di peringkat Kerajaan BN serta Umno negeri bertujuan menangkis dan menguruskan persepsi itu dengan baik sama ada menerusi facebook, twitter, blog dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Kita tidak pernah lekang daripada berdepan dengan pelbagai tanggapan buruk dan persepsi yang diuar-uarkan oleh segelintir kumpulan, sama ada dari pihak pembangkang mahu pun pemimpin dan ahli parti sendiri. 


Khamis, 13 September 2012

UMNO, BN DAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DI HATI RAKYAT


Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu sudah berada di landasan siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Sudah tentu sebagai parti yang diberi amanah mentadbir negeri dan pusat, ia akan sentiasa memikirkan sesuatu yang terbaik untuk rakyat dari semasa ke semasa.

Difahamkan manifesto khas atau tambahan peringkat negeri akan diumumkan kepada rakyat Terengganu tidak lama lagi sebagai tambahan kepada pelbagai program pembangunan yang sedang dinikmati rakyat.

Maksud manifesto ialah, satu pernyataan umum atau deklarasi yang digunapakai oleh seseorang atau sebuah parti politik sebagai pernyataan akan perjuangannya, bagi mendapat perhatian pengundi.


Rabu, 12 September 2012

Orang Melayu, Umno mesti berjiwa besar


Setiap ahli dan pemimpin parti seharusnya berjiwa besar dan mengelakkan sikap berdendam kerana situasi itu bukan sahaja tidak menguntungkan, malah akan berdepan kesukaran bagi mendapatkan sokongan sesiapa sahaja termasuk penyokong atas pagar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sikap dendam dan permusuhan hanya akan merosakkan parti Barisan Nasional (BN) dan Umno sendiri. Bagaimanapun, jika berjiwa besar segala perselisihan yang timbul dapat diketepikan dan kembali di kedudukan asal sebagai ahli parti sebaik sahaja selesai pemilihan calon.

Isnin, 20 Ogos 2012

RIBUAN RAKYAT TERENGGANU BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA MB TERENGGANU


Rakyat Terengganu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berduyun-duyun ke kediaman Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di Batu Buruk, untuk menghadiri rumah terbuka pemimpin kesayangan rakyat itu.

Beliau dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud, tidak menang tangan melayan para tetamu yang berkunjung sejak dari pagi hingga petang.

Majlis rumah terbuka Menteri Besar bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Sebelum itu, beliau mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang.

Khamis, 16 Ogos 2012

Rumah Terbuka Hari Raya Pertama di Rumah MB Terengganu



Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di Kediaman Seri Iman, pada hari raya pertama.

Beliau dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud, akan melayan para tetamu yang berkunjung ke kediaman mereka bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Rakyat jelata, termasuk dari bangsa lain dijemput datang ke Kediaman Seri Iman bagi mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pemimpin nombor satu negeri ini.

Sumber:teganukita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...