Jumaat, 11 Mac 2016

KARIER POLITIK MAT SAID HAMPIR BERKUBUR

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, diberi mandat untuk terus menerajui pentadbiran negeri dan tiada pertukaran jawatan Menteri Besar akan berlaku di Terengganu. 

Pengarah Strategik UMNO negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie, berkata kepemimpinan Ahmad Razif mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada 15 wakil rakyat UMNO tetapi juga rakan parti komponen Barisan Nasional (BN).


Walaupun ada usaha menjatuhkan Ahmad Razif melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu, ia tidak berjaya mempengaruhi wakil rakyat BN. 

"Tiada desakan untuk menukar Menteri Besar, semua wakil rakyat BN negeri bersepakat untuk terus memberi sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Ahmad Razif. 

"Tiada seorang wakil rakyat BN negeri ini berjumpa dengan Presiden UMNO mendesak pertukaran Menteri Besar dilakukan seperti disebarkan melalui laman sosial Facebook (FB)," katanya ketika dihubungi, hari ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...