Memaparkan catatan dengan label LKIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LKIM. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Oktober 2014

PERSATUAN NELAYAN DAERAH MARANG DIBUBARKAN ??

Begini lah keadaannya, lampu yang terang adalah dihadapan pejabat LKIM
dan bukannya tempat dimana ikan-ikan diurusniaga untuk pasaran.
MARANG - Persatuan yang ditubuhkan sepatutnya memberi munafaat atau menjaga kebajikan ahli-ahli, tetapi sebaliknya Persatuan Nelayan Daerah Marang.

Rintihan ahli-ahli tidak diperdulikan dan tidak cakna apa permasalahan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli.

Sebagai contoh Komplek Perikanan Daerah Marang telah dirasmikan oleh MB Terengganu pada 24/11/2011.

Kemudian komplek tersebut telah diserahkan oleh LKIM Daerah Marang kepada Persatuan Nelayan Daerah Marang untuk penyelenggaraan bagi memudahkan pendaratan ikan-ikan setiap hari oleh ahli-ahli.

Khamis, 7 Mac 2013

Pemimpin bersama Nelayan Pantai Rhu Rendang


Rhu Rendang 05/03/2013 - Program Pemimpin Bersama Nelayan Rhu Rendang bersantai sambil minum petang telah diadakan di gerai makan berhadapan dengan Komplek LKIM Marang. Program dianjur oleh Penyelaras DUN Rhu Rendang bersama Persatuan Nelayan dan LKIM Daerah Marang.

Turut hadir En.  Razali Bakar (Pegawai BTN Negeri Terengganu), En. Sulong @ Musa- Pengerusi Persatuan Nelayan, En. Taufik - Pegawai LKIM dan Cikgu Awang - wakil Nelayan Pantai Dun Rhu Rendang.

Jumaat, 19 Oktober 2012

PROGRAM BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN MARANG


Rhu Rendang 18/10/2012 - Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Turut hadir Pengarah LKIM Negeri Terengganu Tuan Haji Mohd.Safee Mohamad, Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Marang serta 594 penerima bantuan sara hidup nelayan.

Jumaat, 21 September 2012

Program Pemimpin Bersama Rakyat - Majlis Interaksi, Kempen Makan Ikan Air Tawan & Projek 'Touch Point'



Marang 19/09/2012 - Program Pemimpin Bersama Rakyat, Majlis Interaksi, Kempen Makan Ikan Air Tawar serta Projek 'Touch Point' telah diadakan di perkarangan Pejabat Perikanan Daerah Marang pada hari ini bermula jam 10.00 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. 

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Abdul Khalil bin Abdul Karim, Pengarah LKIM Negeri Terengganu, Tuan Haji Mhd. Shafee bin Mohd, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim termasuk Pegawai Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu serta wakil-wakil Persatuan Nelayan seluruh Daerah Marang.

Khamis, 29 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 33 PERSATUAN NELAYAN KAWASAN MARANG


Marang 28/03/2012 - Persatuan Nelayan Kawasan Marang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 33 pada hari ini bertempat di Dewan Pusat Sumber Pendidikan Daerah Marang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Pen. Pegawai Penyelia PN/KN Negeri Terengganu, Tuan Haji Zali bin Ibrahim.

Rabu, 28 September 2011

MAJLIS PERJUMPAAN MB TERENGGANU BERSAMA WARGA NELAYAN


Marang 28/09/2011 - Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu bersama warga nelayan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang diadakan pada hari ini mulai jam 2.00 petang di JETI Kompleks LKIM Marang, Terengganu.  Turut hadir YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, serta tetamu kehormat, Ketua Jabatan bagi memeriahkan majlis yang diatur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...