Jumaat, 19 Oktober 2012

PROGRAM BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN MARANG


Rhu Rendang 18/10/2012 - Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Turut hadir Pengarah LKIM Negeri Terengganu Tuan Haji Mohd.Safee Mohamad, Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Marang serta 594 penerima bantuan sara hidup nelayan.

Menurut Pengarah LKIM Tuan Haji Mohd Safee, semua nelayan yang berdaftar hendaklah menentukan lesen bot yang dimiliki diperbaharui setiap tahun bagi mengelakkan pembatalan pembahagian elaun sara hidup yang dinikmati sehingga hari ini.

 

Mengenai pencerobohan bot-bot pukat tunda dikawasan perairan Marang dan kawasan berdekatan, pihak nelayan sendiri perlu cakna dengan melaporkan segera kepada pihak berkuasa seperti APMM, agar tindakan dapat diambil bagi mengelakkan kepupusan benih ikan dikawasan ini.

 

Manakala dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir menyatakan rasa bersyukur selepas lawatan Perdana Menteri pada bulan Februari 2012 ke Daerah Marang,  beliau sendiri telah mengutarakan dua permohonan yang disampaikan terus kepada PM semasa lawatan tersebut mengenai Kad Nelayan dan Lesen yang dipohon oleh nelayan. 

Alhamdullilah 80% daripada permohonan tersebut telahpun diluluskan dan telah diserahkan kepada penerima yang berjaya. Namun begitu beliau masih lagi menerima permohonan bagi sokongan daripadanya dan kesemuanya telah disokong untuk mendapat sebarang bantuan yang difikirkan perlu untuk meningkatkan pendapatan nelayan-nelayan DUN Rhu Rendang.

Untuk paparan selanjutnya sila KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...