Khamis, 18 Oktober 2012

Majlis Konvokesyen Tabika/Taska Kemas 2012


Rhu Rendang 17/10/2012 - Majlis Konvokesyen Tabika/Taska Kemas 2012 DUN Rhu Rendang, Daerah Marang berlangsung bermula jam 9.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Objektif penubuhan Tabika/Taska Kemas adalah untuk menggalakkan perkembangan sosial Emosi, Fizikal dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi. Menyedia dan mengembangkan kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul sebagai persediaan ke alam persekolahan.

Meluaskan pengalaman peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak.


Selain daripada itu membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik dengan memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu.


Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir mengucapkan jutaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru kemas yang telah berjaya mendidik anak-anak yang akan mewarisi singgahsana sebagai pemimpin masa depan.


Beliau juga begitu teruja dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak serta persiapan yang begitu rapi dalam menjayakan majlis pada hari ini, dengan meluluskan semua permohonan peruntukkan yang dipohon daripada Kemas DUN Rhu Rendang.

Penyampaian Hadiah kepada anak-anak cemerlang dan sijil juga turut diadakan pada majlis tersebut.

Untuk paparan selanjutnya sila KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...