Ahad, 14 Oktober 2012

HIMPUNAN RAMAH MESRA PEMUDA PETIUNDI BANDAR MARANG

YBhg Datuk Kuza sedang menyampaikan ucapan

Rhu Rendang 12/10/2012 - Himpunan Ramah Mesra Pemuda Petiundi Bandar Marang serta Bantahan Penyebaran Filem 'Innocence of Muslims' telah diadakan di Dewan Delima Bandar Marang bermula jam 8.30 malam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Turut hadir serta memberi ucapan ringkas serta padat kepada lebih kurang 300 orang pemuda petiundi tersebut adalah YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar, YBhg Datuk Razali Idris, YM Datuk Kuza.

Ucapan yang ringkas dan padat disampaikan menyentuh kesepakatan serta perlu bersatu padu dalam apajua keadaan sekali pun untuk merampas kembali DUN Rhu Rendang dan juga Parlimen Marang daripada tangan pembangkang dalam PRU ke 13.


Selama 30 tahun DUN Rhu Rendang dibawah naungan parti PAS yang diterajui oleh DS Haji Hadi Awang, namun tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh beliau untuk warga DUN Rhu Rendang dan juga Parlimen Marang, berlebih-lebih lagi semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.


Kemunduran Daerah Marang daripada segala sudut, menyebabkan pemuda-pemudi DUN Rhu Rendang perlu bangkit dan bekerja keras daripada sekarang sehingga PRU ke 13 bagi menentukan DUN Rhu Rendang dirampas kembali daripada tangan PAS.


Pembacaan ikrar taat setia serta bersatu padu turut berkumandang di Dewan Delima bagi menyahut seruan pucuk kepimpinan BN diperingkat negeri dan pusat untuk merealisasikannya demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta.


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...