Khamis, 25 Oktober 2012

MAJLIS KOMUNIKASI PATRIOTIK DUN RHU RENDANG


Kuala Terengganu 25/10/2012 - Majlis Komunikasi Patriotik DUN Rhu Rendang anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu berlangsung di Hotel Tanjung Vista, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bermula jam 9.00 malam.

Turut hadir dimajlis yang dianjurkan Tuan Haji Azmi Razik, Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Ab. Latiff, Tim. Pengarah APMT Negeri Terengganu.

Seramai 230 orang peserta hadir terdiri daripada Wanita/Pemuda/Puteri UMNO serta Pengerusi JKKK DUN Rhu Rendang bagi memeriahkan majlis tersebut.

Pembukaan majlis ucapan ringkas tetapi penuh bermakna bagi warga DUN Rhu Rendang yang disampaikan oleh Tuan Haji Azmi Razik yang juga anak kelahiran Marang telah memberikan semangat yang jitu kepada peserta yang hadir, agar terus memberikan sokongan yang padu kepada kepimpinan serta calun yang dilantik didalam PRU ke 13 yang menjelma tidak lama lagi.



Menurut beliau lagi, DUN Rhu Rendang perlu dirampas kembali daripada tangan PAS yang telah mentadbir DUN serta Parlimen Marang sekian lama dengan tiada membuat sebarang pembaharuan ataupun perubahan demi untuk warga DUN Rhu Rendang.

 

Kemenangan PRU ke 13 kali ini adalah titiktolak bagi menentukan kedudukan orang Melayu dan Islam dinegara ini. PAS telah banyak membuat dosa kepada masyarakat Melayu dengan menidakkan Islam, memecahbelahkan orang Melayu dan Islam. Nilaikan lah yang mana permata dan yang mana kaca demi untuk masa depan anak-anak atau pewaris Agamb, Bangsa dan Negara.

Satukan hati, tikadkan jiwa demi merampas kembali DUN Rhu Rendang serta Parlimen Marang daripada kepimpinan PAS yang telah tersasar jauh daripada perjuangan Islam.
 

Ungkapan syabas dan tahniah diucapkan oleh Tuan Haji Shamsuddin Sulong kepada semua yang hadir, yang mana ini adalah catitan kehadiran yang teramai sekali sejak program ini berlangsung di tujuh kawasan yang dianjurkan seumpamanya.

Dalam ucapannya yang begitu bertenaga dapat memintas hati setiap yang hadir dengan merakamkan ungkapan-ungkapan yang memberikan semangat demi untuk merampas kembali DUN Rhu Rendang daripada PAS.

Peringatan demi peringatan dikeluarkan agar keseluruhan jentera parti bersiap sedia yang mana pada bila-bila masa sahaja PM akan mengumumkan pembubaran Parlimen agar Pilihanraya Umum ke 13 dapat diadakan.

'WE HAVE NO CHOICE' itulah ungkapan bagi mempastikan Barisan Nasional memenangi PRU ke 13.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...