Isnin, 22 Oktober 2012

NEGARA BERKEBAJIKAN, RAKYAT DIKETEPIKAN

Inilah dia rumah Mohd Aiman Yap
RUSILA 21/10/2012 - Sungguh menyedihkan dan menyayat hati dari apa yang dapat diperhatikan dikedua-dua buah rumah di Kg. Rusila, Marang yang telah usang dan hampir jatuh kebumi ditelan oleh anai-anai. Tiada sebarang kata yang dapat dirungkaikan hanya bantuan serta tindakan segera yang dapat diambil keatas kedua-dua keluarga terbabit.

Dengan keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pengerusi JKKK Kg. Rusila En. Rozeli telah melawat dikedua-dua buah rumah tersebut yang terletak tidak jauh daripada Masjid Rusila, Marang.

Inilah dia Negara Berkebajikan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemimpin PAS terutama DS Haji Hadi Awang, terus mengabaikan kebajikan serta bantuan kepada masyarakat setempat disekitar kawasan Masjid Rusila, berlebih-lebih lagi beliau sebagai ADUN /Parlimen Marang selama 30 tahun dan pernah memegang jawatan MB Terengganu selama 5 tahun.

 

En. Mohd Aiman Yap, 31 tahun bersama isteri Puan Ngah Mohd serta 6 orang anaknya yang mana 4 orang masih dibangku sekolah, tinggal di 727-B, Kg. Gong Rusila, Marang begitu teruja dengan kedatangan Tuan Haji Nik Dir kerumahnya pada hari ini. Beliau bekerja sebagai Penganyam Tikar Mengkuang dengan pendapatan kurang daripada RM500 sebulan.

En. Mohd Ismail menyatakan sesuatu kepada Tuan Haji Nik Dir 
Keadaan rumah En. Mohd Ismail, 44 tahun

Manakala seorang En. Mohd Ismail, 44 tahun tinggal di 387D, Kg. Rusila, Marang juga mengalami nasib yang sama tinggal dirumah yang cukup usang dan tidak mampu untuk membaikkinya dengan pendapatan yang diperolehi bagi menanggung anak-anak yang masih dibangku persekolahan.

Hanya ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga yang dapat diungkapkan oleh kedua-dua keluarga kepada Tuan Haji Nik Dir dengan kehadiran serta keprihatinan mengambil berat masalah rakyat yang menghadapi masalah, walaupun selama ini kedua-dua mangsa mengharapkan bantuan yang tidak kunjung tiba daripada DS Haji Hadi sebagai pemimpin yang diharapkan oleh mereka selama ini.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...