KUALA LUMPUR
- Konflik yang membabitkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa didakwa hanya
untuk mengocakkan semula solidariti yang ada dalam Pas, namun ia dilihat tidak
mampu menjejaskan parti.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr
Zuhdi Marzuki, Pas adalah sebuah parti paling kukuh meskipun parti lain dalam
negara bergolak kerana permasalahan yang dihadapi dalam parti.
"Pas masih kekal solid (kukuh). Walaupun Pas
(dahulu) berpecah dengan beberapa ahlinya telah keluar dari Pas dan menubuhkan
parti baharu, Pas kini kekal sebagai sebuah parti yang kuat," katanya
ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari
ini.