Isnin, 9 November 2015

TINDAKAN KKM "BIADAP" DAN "KURANG AJAR"

KUALA LUMPUR, 9 November:

Kementerian Kesihatan Malaysia digesa tidak mengambil tindakan terburu-buru dalam melakukan serbuan dan rampasan terhadap premis-premis vape di seluruh negara.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ayahanda Rani Kulup berkata pihak kementerian perlu mengikut prosedur dalam melakukan serbuan mahupun rampasan agar mereka tidak dilihat ‘kurang ajar’ di mata.

Ini kerana, katanya, industri perniagaan vape baru diceburi oleh golongan anak muda.

“Kita ada adab, kita nak pegi rumah orang kena bagi salam dulu. Tanya mak bapak ada ke tidak. Ini terus serbu, sungguh biadap.


“Sebagai pemimpin, jangan tunjuk sikap yang kurang ajar. Ini anak muda yang baru mendekati bidang perniagaan, dikacau,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, pada Ahad.

Laporan polis dibuat bersama NGO IKHLAS, IRRIM dan peniaga vape berkenaan isu rampasan vape yang dilakukan KKM terhadap pengusaha-pengusaha Bumiputera.

Khamis lalu, KKM melakukan serbuan dan rampasan terhadap premis-premis vape di sekitar Selangor di mana cecair vape yang mengandungi nikotin dirampas sehingga menyebabkan ada di kalangan peniaga mengalami kerugian mencecah RM200,000.

Ayahanda Rani juga menegaskan pihak kementerian perlu memandang pelbagai sudut di samping memastikan rundingan dan perbincangan bersama pemilik premis vape dilakukan terlebih dahulu.

“Jangan pandang pada satu sudut, pandang beberapa sudut.

“Sebelum mengambil tindakan, pastikan buat rundingan dan berbincang barulah ambil tindakan.

“Rakyat bukannya bangang dan bukannya bodoh. Rakyat sudah cerdik,” katanya.

Memetik rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, kira-kira 5 juta perokok dan 1 juta adalah penghisap vape di negara ini.


Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...