Khamis, 20 September 2012

Pemimpin Bersama Warga DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 19/09/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan warga DUN Rhu Rendang semasa Majlis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, yang telah diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.  Seramai 1,817 orang penerima bantuan dimana 52 orang daripada jumlah tersebut adalah penerima baru. 

Mereka-mereka yang ditemui mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, terutama kepada Tuan Haji Nik Dir yang telah memberikan sokongan kepada mereka untuk menerima bantuan bulanan daripada JKM Daerah Marang.

Dalam ucapan ringkas, Tuan Haji Nik Dir meminta semua warga DUN Rhu Rendang bekerjasama dan berpakat ramai-ramai untuk memajukan Marang yang telah tertinggal dari arus pembangunan daripada daerah-daerah di Negeri Terengganu.

Namun begitu, masih ada lagi warga DUN Rhu Rendang yang masih leka dan tidak memikirkan masa depan anak-anak bangsa dan masih lagi taksub dengan pendekatan yang diserapkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jika masyarakat tidak memberikan sokongan yang padu, maka pembangunan yang diharapkan untuk dinikmati tidak akan ujud dan tenggelam serta tidak akan dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Untuk paparan selanjutnya sila layar laman facebook Rhu Rendang dan sila KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...