Ahad, 9 September 2012

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012


Rhu Rendang 08/09/2012 - Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Seberang Marang 2012 anjuran Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Marang telah diadakan pada hari ini bermula seawal jam 7.30 pagi.

Menurut Pengetua SMK Seberang Marang Tuan Haji Mat Zali bin Bakar, matlamat program ini adalah untuk melahirkan dan mempertingkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar, selain menanamkan semangat kepada generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam ertikata yang sebenar.

Bagi memeriahkan lagi program yang diatur, seramai 100 orang pelajar SMK Seberang Marang dengan berbasikal sambil mengibar jalur gemilang dan diikuti dengan pelajar-pelajar berjalan kaki, berjalan menuju kebeberapa lokasi disekitar kawasan Kg. Seberang Marang bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 55 Tahun SMK Seberang Marang.

 
 


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...