Isnin, 24 September 2012

Forum Perdana Cakna Keluarga

 

Rhu Rendang 22/09/2012 - Forum Perdana Cakna Keluarga anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Rhu Rendang dan AJK Masjid Medan Jaya telah diadakan di Masjid Medan Jaya pada 22/09/2012 bermula jam 3.00 petang.

Forum bertajuk 'Indahnya Hidup Berkeluarga' di Pengerusikan oleh YBhg Ustaz Wan Akashah bin Wan Abd. Hamid dengan dua orang panel iaitu YB Ustaz Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh dan YBhg Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahmood.

Seramai lebih kurang 200 orang penduduk Taman Medan Jaya dan Taman Medan Jaya 1 hadir mengikuti forum yang julung-julung kali diadakan di Masjid tersebut, yang mana mereka yang hadir berharap forum seumpama ini dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang.

 

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...