Ahad, 30 September 2012

Majlis Graduasi SMKTLS Kali Ke 4 Tahun 2012


Rhu Rendang 29/09/2012 - Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara Kali Ke 4 tahun 2012 berlangsung pada hari ini di Dewan Mutiara Budi bermula jam 9.00 pagi. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup teratur dengan perarakan masuk cokmar mengiringi ketibaan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang ke dewan.

Tuan Haji Nik Dir diiringi Pengetua SMKTLS En. Mukhtar bin A. Ghani, Tim. Pengarah Pelajaran N/Terengganu dan wakil Pengarah Pelajaran Daerah Marang dan disambut dengan Persembahan Brass Band SMKTLS dihadapan pintu masuk ke dewan.

Lebih kurang 200 orang ibu/bapa turut hadir bagi memeriahkan majlis yang diadakan. 
 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir dengan Pengisytiharan Penganugerahan serta Penangguhan Sijil Graduasi Pra-U seramai 57 orang pelajar dan Penganugerahan Sijil Graduasi SPM seramai 119 orang pelajar.

Manakala Pengisytiharan Penganugerahan Anugerah Seri Segara Terbaik Pra-U adalah pelajar Siti Nur Hajar binti Ngah dan Terbaik SPM adalah Muhamad Syukri bin Ahmad.

Dalam ucapan ringkas yang diutarakan Tuan Haji Nik Dir kepada pihak Kementerian Pendidikan agar dapat mengujudkan Sekolah Berasrama Penuh bagi Daerah Marang serta dapat menyediakan bangunan baru bagi Pejabat Pelajaran Daerah yang selama ini menumpang kawasan bersebelahan Sekolah Kebangsaan Marang.

Selain daripada itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para pendidik SMKTLS yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam mendidik pelajar-pelajar hingga ke peringkat menara gading.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...