Jumaat, 7 September 2012

Azhar Idrus bosan dengan Parti PAS....


Ustaz Ashar Idrus bosan dengan Pemimpin Parti PAS dan akan terus membuat album-album nasyid terbaru dan akan diedarkan sebelum PRU ke 13.

KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Penceramah bebas, Azhar Idrus yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Azhar enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.

“Beliau merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika beliau berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi beliau sudah menolak.

“Difahamkan, beliau menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama beliau tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. - UM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...