KUALA LUMPUR - Hari Kemerdekaan tahun ini jatuh pada masa yang sungguh istimewa dan bertuah, semasa kejadian bulan mengambang (blue moon) yang jarang berlaku, kata seorang ahli astrologi tempatan terkemuka, R.S. Maniam.
"Ia permulaan yang baik bagi sambutan Merdeka tahun ini kerana pada malamnya langit dipenuhi cahaya terang benderang.
"Ia juga menandakan waktu atau ketika yang bertuah untuk rakyat bersatu kerana kedudukan bulan sekarang akan menyebabkan terhapusnya kecelaan," katanya.
Kejadian ‘blue moon’ ini terjadi sekali dalam tempoh setiap 2.7 tahun dan kejadian begini akan berlaku lagi hanya pada 2015.
Maniam berkata, kali terakhir kejadian seperti ini terjadi ialah semasa Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun 1966 iaitu 46 tahun lalu. - BERNAMA