Ahad, 23 September 2012

Sambutan Hari Malaysia dan Perpustakaan Desa Terengganu



Marang 22/09/2012 - Sambutan Hari Malaysia dan Perpustakaan Desa Terengganu (PNM) bagi tahun 2012 disambut serentak dan telah diadakan di Perpustakaan Desa Taman Medan Jaya, Rusila, Marang. Sambutan yang diadakan adalah dengan kerjasama KRT dan JKKK Taman Medan Jaya dan Taman Medan Jaya 1.

Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan wakil Pengarah Perpustakaan Desa Terengganu En. Mohd. Nor Aladdin bin Husin. Majlis sambutan bermula seawal jam 8.30 pagi di perkarangan Dewan Serbaguna KRT/Perpustakaan Desa Taman Medan Jaya.

Berbagai acara telah berlangsung dengan sambutan yang cukup mengalakkan daripada penduduk setempat dan juga kakitangan Perpustakaan Desa seluruh Negeri Terengganu, seperti pertandingan gubahan, basikal berhias untuk kanak, cabutan nombor bertuah dan berbagai-bagai lagi.

 

Sejumlah 39 buah Perpustakaan Desa (PD) telah dibina diseluruh Negeri Terengganu dan telah dibahagian kepada 11 zon, dengan 83 orang petugas iaitu terdiri daripada 11 orang Penyelia Zon Gred S27, 36 orang Pembantu Perpustakaan Gred S17 dan 36 orang Pembantu Operasi Gred N1.

En. Mohd. Nor selaku wakil Pengarah Perpustakaan Desa Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi KRT/JKKK serta ahli jawatankuasanya dan penduduk setempat yang telah memberikan kerjasama yang jitu sepanjang berlangsungnya majlis yang diadakan dengan mencapai kejayaan yang amat membanggakan.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Balai Bomba Daerah Marang yang telah memberikan kerjasama menjayakan majlis yang diatur.

Untuk mengikuti paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...