Sabtu, 8 September 2012

Bantuan Cermin Mata Percuma DUN Rhu Rendang 2012


Rhu Rendang 08/09/2012 - Program Bantuan Cermin Mata Percuma sumbangan YPK Negeri Terengganu dan Syarikat Optometris Sanadi Sdn. Bhd peringkat pertama DUN Rhu Rendang telah diadakan pada hari ini jam 10.00 pagi di Dewan JKKK Taman Rashidah, Marang. Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Seramai 500 orang telahpun mendaftar untuk mendapatkan bantuan tersebut terdiri daripada penduduk-penduduk dari 5 JKKK iaitu Taman Rasidah, Medan Jaya, Medan Jaya 1, Rusila dan Bukit Indah. Setiap bantuan berupa baucer bernilai RM200.

Dalam ucapan ringkas tapi padat, Tuan Haji Nik Dir menegaskan bahawa berbagai-bagai bantuan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri atau Pusat dibawah Barisan Nasional demi untuk masyarakat.  Namun begitu masih ada lagi mereka yang mempunyai fahaman politik yang menebal sehinggakan apa yang dihulurkan oleh Kerajaan BN adalah haram serta mengkafirkan sesama sendiri.

Lantaran itu Kerajaan BN bukan tidak mahu untuk membuat sebarang pembangunan terutama di kawasan Rusila, tapi telah dihalang oleh gulungan tertentu yang begitu taksub dengan perjuangannya.


Alhamdullilah sehingga kini beliau menyatakan bahawa tiada seorang pun daripada pengikut-pengikut PAS yang datang menemuinya untuk meminta bantuan ditolak, malah sokongan yang jitu diberikan demi menyempurnakan amanah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan kepada beliau.

Semasa PRU ke 12 yang lalu, BN hanya mendapat 141 undi daripada Peti Undi Rusila, namun tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat keseluruhannya, terutama di DUN Rhu Rendang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...