MANCHESTER City bangkit untuk menjaringkan dua gol pada waktu kecederaan, sekali gus menjulang gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh lebih empat dekad.
Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968.
Dalam perlawanan dramatik hari ini, Manchester City, yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 2-1 sehingga permainan masuk waktu kecederaan. Pengadil memperuntukkan tujuh minit kepada kedua-dua kelab ini.