MANCHESTER City bangkit untuk menjaringkan dua gol pada waktu kecederaan, sekali gus menjulang gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh lebih empat dekad.
Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968.
Dalam perlawanan dramatik hari ini, Manchester City, yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 2-1 sehingga permainan masuk waktu kecederaan. Pengadil memperuntukkan tujuh minit kepada kedua-dua kelab ini.
Ia juga dilihat sebagai kemenangan dramatik ketika pesaing terdekatnya, MU bersiap sedia untuk meraikan gelaran juara buat kali ke-20 selepas menewaskan Sunderland 1-0.
Bagaimanapun impian itu berkecai ekoran kebangkitan Manchester City pada waktu kecederaan menerusi gol 3-2.
Keputusan kesemua perlawanan hari ini:
Man City 3 - 2 QPR
Sunderland 0 - 1 Man Utd
Chelsea 2 - 1 Blackburn
Chelsea 2 - 1 Blackburn
Everton 3 - 1 Newcastle
Norwich 2 - 0 Aston Villa
Stoke 2 - 2 Bolton
Swansea 1 - 0 Liverpool
Tottenham 2 - 0 Fulham
West Brom 2 - 3 Arsenal
Wigan 3-2 Wolves