Rabu, 9 Mei 2012

GUAN ENG LANTIK SENATOR CINA MENGGANTIKAN TUNKU ABDUL AZIZ ??

Inilah masanya penggantian dilakukan untuk mengeluarkan Senator Melayu dengan menggantikan dengan Senator Cina oleh Lee Guan Eng.

Tunku Abdul Aziz yang menyuarakan tidak setuju dengan plan Anwar dan Ambiga yang membuat rusuhan di Dataran Merdeka walaupun bersetuju dengan bersih dikatakan bakal dipecat. Suara Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi DAP umpama satu ancaman dalam pakatan yang akan membabitkan kesemua pucuk pimpinan parti daripada PAS, PKR mahupun DAP sendiri.


Tunku Abdul Aziz yang juga merupakan Senator Dewan Negara mengulas tentang kemana hilangnya Anwar dan Ambiga selepas huru-hara yang dicetuskan oleh perusuh-perusuh bersih. Tunku Abdul Aziz menambah sepatutnya Anwar mahupun Ambiga harus mengambil sikap bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku tanpa sembunyikan diri atau menuding ke arah polis atau kerajaan persekutuan.
Jawatan Senator yang dipegang akan habis pada 30 Mei ini. Dan Lim Guan Eng selaku KM Penang telah mencadangkan beberapa calon yang boleh dipercayai dan senang di kawal oleh Guan Eng. Nampaknya ketegasan Tunku Abdul Aziz sudah sampai kemuncak. Beliau akan dipecat serta merta jika terus mengeluarkan kenyataan menghentam pakatan ataupun membelakangi dasar perjanjian pakatan.

Sumber:jawabernam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...