KUALA LUMPUR
- Parti Amanah Negara (Amanah) membidas sikap berdolak-dalih Pas Terengganu
apabila membuat pusingan U berhubungan kesediaan parti Islam itu menjadi
penasihat kepada Umno.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah turut
membidas Pesuruhjaya Pas negeri itu yang mendakwa beliau berbohong sedangkan
tawaran Pas itu dibuat pada November tahun lepas.
"Presiden Pas sendiri membuat kenyataan ingin menjadi
penasihat kepada Umno. Pas tidak berhasrat untuk mengambil alih atau menukar
kerajaan kerana memadai menasihati saja.
