Jumlah hutang negara yang ditanggung kerajaan sehingga 31 Disember 2011 adalah RM257 bilion atau 30.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, hutang negara itu adalah berikutan pinjaman yang diperoleh kerajaan dan sektor swasta.
Jelasnya, tanggungan tersebut merangkumi hutang luar Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) dan sektor swasta.