Memaparkan catatan dengan label Ulat Mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulat Mahkamah. Papar semua catatan

Khamis, 24 Disember 2015

PENYAKIT "ULAT" MENULAR KE MAHKAMAH PULAK ???

Ulat Mahkamah Cemari Sistem Keadilan

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Mahkamah Kuala Lumpur mengesan kegiatan 'ulat mahkamah' atau touting melibatkan individu tidak bertanggungjawab menawarkan untuk menjadi pengantara antara peguam dan mahkamah bagi menyelesaikan kes di mahkamah dengan bayaran tertentu.

Kegiatan itu dilihat menyasarkan orang awam terutama yang naif dan kurang pengetahuan mengenai kes dan prosedur mahkamah dan terdesak memerlukan bantuan untuk menyelesaikan kes yang dihadapi.

Lebih mengecewakan, kadar bayaran yang sewenangnya dikenakan ulat mahkamah ke atas orang awam, kononnya mereka mampu menyelesaikan dan membela anggota keluarga yang ditahan pihak berkuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...