Kemelut dalaman yang sedang melanda Pas ketika ini beberapa negeri menunjukkan betapa buruknya parti itu apabila diberikan sedikit peluang untuk memegang kuasa, demikian pandangan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof.
“Apa yang berlaku itu sebenarnya satu rahmat…..kenapa saya katakan begitu…Ini kerana jika Pas sebelum ini cukup lantang mengatakan mereka berbeza dengan UMNO, itulah jawapannya iaitu Pas juga sebuah parti politik.
“Pelbagai kemelut dan juga masalah calon dan perebutan kerusi antara mereka dan sebagainya lagi adalah satu bukti jelas dan nyata yang mana mereka juga seperti parti-parti politik lain. Tidak ada bezanya.