‘Eloklah mereka tak masuk BN’
KOTA BHARU, 6 Januari: Keputusan Majlis Syura Ulama Pas
untuk tidak menyertai atau bergabung dengan Umno adalah satu keputusan yang
tidak mendukacitakan.
ADUN Kok
Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, lebih elok jika mereka tidak bersama
Umno kerana sikap dan perangai pemimpin Pas yang tidak konsisten.
“Saya tidak
berdukacita dengan keputusan Pas untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).
Eloklah mereka tak masuk BN sebab BN pun sukar nak terima Pas kerana sikap
‘kluk klek’ (dolak-dalik) atau lebih dimaklumi sebagai sikap ‘u-turn’ yang
sangat konsisten.
