PETALING JAYA: Datin Mastura Mohd Yazid yang berjaya mengekalkan kerusi Barisan
Nasional (BN) di Parlimen Kuala Kangsar mahu segera mencurah khidmat kepada
rakyat di kawasan P097.
Calon BN itu akan meneruskan legasi
arwah suaminya, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga penyandang jawatan
di Parlimen sama.
"Syukur atas ketentuan Allah. Saya
berharap dapat segera berkhidmat untuk rakyat Kuala dan melunaskan janji yang
dibuat sepanjang tempoh berkempen baru-baru ini," katanya ketika
ditemubual secara langsung di TV3 sebaik keputusan pilihan paya kecil (PRK)
diumumkan, Sabtu malam.


